GEORGE TOWN: Selepas kerap menonton persembahan abang sulungnya dalam tarian singa, minat untuk mencuba mula timbul dalam diri Siti Aishah Mohd Farulnizam, 17, remaja yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sacred Heart itu berkata, minatnya untuk mempelajari seni tarian tersebut semakin menebal apabila bapanya, Mohd Farulnizam Mohd Fisah dan ibu, Suzana Dhazak @ Razak serta seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya.
Tambahnya, dengan kelebihan berbahasa Mandarin, dia tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan semua ahli persatuan sekali gus memudahkannya memahami dengan lebih cepat semua yang diajar jurulatih Persatuan Kebudayaan dan Sukan Meihu, Loh Woon Sim.
"Masa umur saya enam tahun, saya selalu tengok abang masuk pertandingan tarian singa. Dari situ, timbul minat saya untuk mencuba. Saya minta kebenaran daripada ayah, dia pun bagi, tak ada bantahan.
"Mula-mula risau juga ayah tak benarkan sebab saya perempuan, tetapi alhamdulillah, bukan sahaja ayah, ibu dan keluarga pun sokong. Saya mula daripada umur enam tahun. Mula-mula tu, saya belajar main alat muzik dahulu antaranya gong, gendang dan sebagainya.
"Selepas dah mahir main alat muzik, baru saya belajar tarian (singa). Mula-mula tu gementar juga tetapi lama kelamaan saya semakin seronok," katanya ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.
Tambahnya lagi, dia berminat dengan tarian singa kerana ia memerlukan disiplin yang tinggi selain satu aktiviti lasak.
"Saya mula sarung pakaian kepala singa pada usia sembilan tahun tetapi ketika itu, hanya belajar sahaja. Tidak berani masuk pertandingan lagi. Umur saya 10 tahun baru berani buat persembahan di hadapan penonton.
"Dengan pengalaman yang saya kumpul dari kecil, saya telah masuk banyak pertandingan termasuk yang tular baru-baru ini. Dalam pertandingan di salah sebuah pusat beli belah yang tular baru-baru ini, kumpulan saya mendapat tempat keempat.
"Ia merupakan pertandingan 1st Southeast Asia Lion Dance Championship- Free Style," tambah anak jati Pulau Pinang itu.
Siti Aishah berkata, dia dan kumpulannya berazam meningkatkan lagi latihan bagi meraih tempat pertama dalam pertandingan akan datang.
"Kami tengah 'training' bersungguh-sungguh kerana sasaran kami nak menang tempat pertama dalam pertandingan yang akan datang. Kalau boleh setiap pertandingan, kami nak menang tempat pertama.
"Saya sedar ia bukan mudah tetapi jika ada kemahuan selain latihan yang cukup, tidak mustahil kami boleh lakukan. Walaupun saya Islam, rakan-rakan dalam persatuan tidak pernah membeza-bezakan saya dengan mereka malah, 'ekor singa' saya pun adalah anak jurulatih yang bernama Loh Foong Kee," katanya.
Ditanya mengenai jadual sesi latihan, Siti Aishah berkata, latihan yang diadakan setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu itu tidak mengganggu pelajarannya kerana ia dijalankan pada waktu malam.
"Malah tempat latihan juga dekat dengan rumah, kira-kira satu kilometer saja. Lagi pun, latihan dibuat pada waktu malam, jadi tak mengganggu waktu persekolahan dan waktu belajar saya.
"Mengenai cabaran ketika latihan, jatuh sikit-sikit, terhantuk kepala tu dah biasa. Ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk terus berlatih dalam mencapai impian kumpulan untuk memenangi setiap pertandingan yang kami masuk," katanya.
Baru-baru ini, di aplikasi TikTok, tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis lengkap bertudung menjadi ‘kepala singa’ ketika membuat persembahan tarian singa dalam sebuah pertandingan.
Diberi tanggungjawab untuk berada di posisi hadapan, gadis itu iaitu Siti Aishah berjaya mencuri tumpuan netizen kerana mampu mengawal setiap langkah tarian walaupun bukan berbangsa Cina.
Selain itu, ketangkasannya menari dengan tarian yang memukau mendapat sorakan meriah daripada penonton yang berada berdekatan dengan lokasi majlis tersebut terutamanya apabila dia ‘melepaskan’ kostum yang dipakai.
Sementara itu, bapa Siti Aishah, Mohd Farulnizam mengakui berbangga apabila melihat keenam-enam anaknya dapat menguasai seni kebudayaan tarian singa itu dan mereka menjadi bukti seni budaya merentasi batasan kaum di negara ini.
Menurutnya, kesemua enam anaknya, Mohammad Firdaus,19; Siti Aishah, 17; Mohd Faiz, 16; Mohamad Fahmi, 13; Siti Alya, 9, dan Siti Aleesa, 7, mahir dengan seni persembahan tarian singa memandangkan mereka merupakan ahli Persatuan Kebudayaan dan Sukan Meihu Pulau Pinang.
"Kesemua anak saya bersekolah di sekolah jenis kebangsaan dan mereka mahir berbahasa Mandarin. Saya hantar anak sulung untuk belajar tarian singa adalah untuk mendisiplinkannya. Tidak sangka pula, minatnya itu diikuti oleh adik-adiknya pula.
"Bagi saya, lebih baik anak-anak suka dengan aktiviti seperti ini daripada mereka buat aktiviti yang tidak berfaedah. Saya memang tidak risau anak-anak menjalani latihan kerana semua ahli persatuan saya kenal. Malah, mereka yang akan datang ambil dan hantar anak-anak untuk latihan," jelasnya.
Farulnizam yang juga seorang peniaga berkata, dia memilih tarian singa sebagai aktiviti anak-anaknya untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin.
"Anak-anak lebih berdisiplin apabila belajar seni tarian ini kerana di dalam seni ini, ia menerapkan disiplin yang tinggi dalam kalangan pemain-pemain tarian.
"Mereka perlu menepati masa, tak boleh merokok dan perlu menghormati semua orang tanpa mengira kaum dan agama. Saya bangga apabila anak-anak amat berminat dalam seni ini tanpa paksaan.
"Walaupun begitu, agama sendiri tetap menjadi keutamaan. Tidak ada salah kita mempelajari budaya kaum lain, selagi ia tidak bertentangan dengan Islam," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 24 2023

Kiri: Siti Aishah bersama Foong Kee. Kanan: Tangkap layar video tular ketika Siti Aishah membuat persembahan tarian singa dalam sebuah pertandingan baru-baru ini. - Foto Sinar Harian

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Polis Daerah Kajang menerima laporan berhubung kehilangan Yap Xin Yuan daripada keluarganya pada 2.15 pagi Jumaat.

Tarian singa jadi jambatan budaya antara China, Malaysia
Tradisi budaya tarian singa yang berasal lebih 1,000 tahun dahulu di China, kini menarik ramai peminat di Malaysia moden.

Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.

Minat tarian singa sejak kecil - Siti Aishah
Minatnya semakin menebal apabila bapanya Mohd Farulnizam Mohd Fisah dan ibu serta seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya.

Tahun Baharu Cina: 'Sang Singa' kembali beraksi
Selepas dua tahun berehat akibat penularan COVID-19, kini 'singa' kembali beraksi bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini.

Keluarga Malaysia: Tarian Singa jadi milik masyarakat berbilang kaum
Minat yang mendalam mendorong Maizur menyertai Kelab Sukan Leong Sin sejak empat tahun lepas.

Penganjur pertandingan tarian singa dikompaun
Video tular yang memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina.

PKP: Banyak tempahan tarian singa dibatal - Penggiat
Kesemua tempahan mula dibatalkan sejak tiga hari lalu sebaik pengumuman penuh dikeluarkan pihak MKN.

Kerajaan buat kesilapan dalam SOP Tahun Baru Cina, dakwa Ti Lian Ker
Bagaimanapun, Naib Presiden MCA itu tidak menjelaskan tentang kesalahan berkenaan atau memberikan cadangan untuk diperbaiki.

Penari singa generasi muda komited pertahan warisan masyarakat Cina
Latihan tarian singa yang sukar bukan penghalang buat penari singa generasi muda untuk memelihara budaya tersebut.