KUANTAN : Durian Musang King Raub yang berharga RM185,000 sebiji antara yang termahal di dunia.
Perkara itu dimaklumkan Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal selepas menyaksikan bidaan raja buah itu.
Beliau berkata, harga permulaan bidaan bagi durian berkenaan adalah RM2,000 sebiji.
"Kemudiaannya (harga) meningkat selepas beberapa kali (bidaan dibuat) sehinggalah mencecah RM185,000 sebiji. Pemenangnya ialah Huang Qi Wen.
"Bidaan kedua tertinggi untuk durian duri hitam (black thorn) adalah bernilai RM15,000 sebiji," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook miliknya pada malam Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong itu berkata, hasil bidaan durian ini kemudiannya disumbangkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ruan, Raub bagi penambahbaikan infrastruktur sekolah.
"Datuk Ken (Pengerusi Persatuan Peniaga Durian Pahang, Datuk Lye Wee Ken) menyumbang sebanyak RM204,444 melalui program bidaan yang berlangsung di SMK Sg Ruan, Raub, ini.
“Ini bermakna, keseluruhannya, sebanyak RM404,444 berjaya dikutip untuk bidaan sebiji musang king dan sebiji duri hitam pada malam ini (Ahad)," ujar Fadzli lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 18 2023

Qi Wen (kiri) berjaya membeli durian Musang King Raub pada majlis tersebut. Turut hadir Fadzli (tengah). (Gambar kanan: Fadzli (tiga dari kiri) menerima replika cek daripada Qi Wen (tiga dari kanan) selepas berjaya membida durian Musang King.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Kedutaan Malaysia di Tehran anjur resepsi durian promosi 'Musang King'
Kedutaan Malaysia di Tehran menganjurkan majlis resepsi durian menonjolkan kepentingan budaya.

Rugi RM2.6 juta diperdaya pembelian Musang King sejuk beku
Mangsa dijanjikan akan menerima durian Musang King sejuk beku dalam tempoh sebulan selepas pembayaran dilakukan.

Kebun durian tarikan baharu Taman Pertanian Sabah
Durian yang ditanam di Taman Pertaniah Sabah jenis premium antaranya Musang King, Black Thorn, Musang Queen 168, Asfa50, Mdur88 dan Udang Merah.

Musang King Raub termahal di dunia
Sebiji durian Musang King Raub dibida pada harga RM185,000!

Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar
Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara apabila mempunyai lebih 200,000 pokok durian.

Populariti Musang King bantu promosi makanan, budaya Malaysia di China
Populariti durian Musang King diharap mampu menjadi batu loncatan dalam mempromosikan pelbagai makanan serta budaya Malaysia yang lain kepada masyarakat di China.

Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.

Pekebun Musang King perlu pertimbang permohonan semakan kehakiman semula - MB Pahang
Nasihat tersebut diberikan memandangkan Kerajaan Perpaduan kini terdiri daripada komponen BN dan PH.

Banjir Baling: Ladang durian Musang King bukan puncanya - MB Kedah
Projek penanaman Musang King di Gunung Inas tidak menjadi punca kepada berlakunya tragedi banjir dan kepala air sekitar Kupang, Baling, 4 Julai lalu.

Projek durian Musang King di HSK Rimba Teloi bermungkinan tidak hadirkan risiko - Sanusi
Projek tanaman durian jenis Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi, Sik berkemungkinan tidak menghadirkan risiko yang membawa kepada kejadian banjir dan kepala air.