HANYA dengan menggunakan tandas yang disediakan, anda kemudiannya mendapat ‘mata’ yang boleh ditukarkan untuk mendapatkan kopi, pisang atau beberapa barang lain.
Bunyinya agak aneh namun itulah yang berlaku di Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST) d Korea Selatan, menurut laporan Reuters.
Daripada najis manusia, mereka memprosesnya dengan teknologi terkini yang kemudian hasilnya diolah menjadi sumber tenaga termasuk untuk sebuah bangunan.
Pelajar yang menggunakan tandas dalam kajian tersebut pula akan memperoleh 'mata' yang kemudiannya boleh ditebus untuk makanan, buku dan sebagainya.
Idea itu adalah cetusan Cho Jae-weon, seorang profesor di UNIST yang mencipta tandas mesra alam, disambungkan ke makmal yang menukarkan najis menjadi biogas dan baja.
Dikenali sebagai tandas BeeVi, binaan itu menggunakan pam vakum untuk menghantar najis ke tangki bawah tanah sekali gus mengurangkan penggunaan air.
Di makmal tersebut, mikroorganisma memecah sisa menjadi metana, yang menjadi sumber tenaga untuk bangunan, menghidupkan dapur gas, dan sel bahan bakar oksida pepejal.
"Jika kita berfikir di luar kotak, najis memiliki nilai berharga untuk membuat tenaga dan baja. Saya telah memasukkan nilai ini ke dalam peredaran ekologi," kata Cho.
Rata-rata orang membuang air besar sekitar 500 gram sehari yang boleh ditukar menjadi 50 liter gas metana.
Gas ini dapat menghasilkan arus elektrik 0.5kWh atau boleh digunakan untuk memandu kereta sejauh kira-kira 1.2 kilometer.
Cho juga telah mencipta mata wang maya bernama Ggool, yang bermaksud madu dalam bahasa Korea.
Setiap orang yang menggunakan tandas mesra alam akan memperoleh 10 Ggool sehari.
Pelajar boleh menggunakan mata wang itu untuk membeli barang di kampus, dari kopi segar hingga mi cawan segera, buah-buahan dan buku.
Pelajar juga boleh mengambil produk yang mereka mahukan di kedai dan mengimbas kod QR untuk membayar dengan Ggool.
"Saya pernah berfikir bahawa najis adalah kotor, tetapi sekarang ia adalah harta yang sangat berharga bagi saya," kata pelajar pascasiswazah Heo Hui-jin.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sun Jul 11 2021

Dikenali sebagai tandas BeeVi, binaan itu menggunakan pam vakum untuk menghantar najis ke tangki bawah tanah sekali gus mengurangkan penggunaan air. - Foto REUTERS/Minwoo Park

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Psst... sudahkah anda periksa 'rupa' najis anda?
Perkara ini tetapi sebenarnya amat penting kerana ia berhubung kait dengan aspek kesihatan.