KUALA LUMPUR: Orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk ke Pameran Raja Kita di Muzium Negara hari ini, bagi menyaksikan sendiri lebih 272 koleksi peribadi dan item berkaitan Institusi Yang di-Pertuan Agong.
Tinjauan Bernama mendapati pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing membanjiri Muzium Negara di sini, dan kebanyakan pengunjung menyifatkan pameran berkenaan mendekatkan diri mereka dengan peribadi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, selain memberi pencerahan tentang sejarah institusi Diraja itu.
Pameran hari ini juga mendapat sambutan luar biasa kerana pengunjung ingin melihat Mahkota Kerajaan Johor dan Mahkota Permaisuri yang dibawa khas dari Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor, yang hanya dipertontonkan kepada umum untuk tempoh lima hari pertama pameran yang berlangsung hingga 29 Sept itu.
Perunding kesihatan Fadzrel Abu Bakar, 34, berkata pameran itu mampu melahirkan rasa cinta dan membuatkan rakyat menzahirkan penghargaan kepada Ketua Utama Negara.
"Antara yang menarik perhatian saya adalah Cogan Agama dan Cogan Alam kerana alatan Diraja itu ada nilai tersendiri ... sekali gus menunjukkan betapa utuhnya agama dan alam dalam pemerintahan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Bernama.
Fadzrel berkata pameran itu juga memberi pencerahan mengenai aktiviti yang digemari Sultan Ibrahim ketika waktu lapang.
"Kita nampak raja-raja ini terkenal dengan protokol dan adatnya tersendiri, namun apabila kita hadir ke sini (Pameran Raja Kita) dan melihat sendiri barang-barang peribadi dan diceritakan oleh kurator, kita dapat mengenali lebih mendalam mengenai Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Ng Chua Wan, 76, guru tadika di Puchong berkata dia datang ke Pameran Raja Kita untuk mengambil gambar koleksi dan item yang dipamerkan dan berkongsi dengan anak muridnya yang tidak berpeluang ke pameran itu.
"Generasi muda perlu didedahkan dengan pameran ini. Apabila saya bertanyakan tentang sejarah negara kepada anak murid saya, mereka tidak begitu tahu dan saya mengajak mereka supaya datang ke pameran ini, namun ada banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membawa mereka ke sini," katanya.
Bagi pelancong dari Pekanbaru, Indonesia Sherina Lya, 27, berkata Pameran Raja Kita memberikan pengalaman baharu buat dirinya apabila dapat mengenali mengenai sejarah Yang di-Pertuan Agong.
"Pameran ini cukup bagus dan yang paling menarik ialah baju Muskat yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda. Saya juga dapat melihat sendiri perbezaan pameran di Malaysia dan Indonesia," katanya.
Selain Mahkota Kerajaan Johor dan Mahkota Permaisuri yang digunakan semasa Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim pada 2015, turut menjadi tarikan pada pameran itu ialah basikal Raleigh Chooper yang dibeli menggunakan duit Seri Paduka Baginda sendiri ketika zaman kanak-kanak dan motosikal Harley Davidson bercorak belang harimau yang sering digunakan Sultan Ibrahim dalam siri jelajah Kembara Mahkota Johor.
Pameran Raja Kita di Galeri 1 dan 2 di Muzium Negara yang berlangsung kira-kira dua bulan merupakan sebahagian daripada acara yang disusun bersempena dengan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Pameran itu mendekatkan diri pengunjung dengan peribadi YDPA Sultan Ibrahim, selain memberi pencerahan tentang sejarah institusi Diraja. - Bernama
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
Putera Mahkota Brunei berangkat ke Pameran Raja Kita
Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke Pameran Raja Kita di Muzium Negara.
Basikal Raleigh Chopper Sultan Ibrahim tarikan pameran Raja Kita
Basikal berkenaan merupakan antara koleksi peribadi Seri Paduka Baginda dan ia dibawa khas dari Johor.
Pameran Raja Kita bermula esok, koleksi peribadi Agong, Raja Permaisuri antara dipamer
Terdapat juga koleksi bersejarah seperti manuskrip dan dokumen perjanjian berkaitan Institusi Raja daripada agensi lain termasuk Arkib Negara dan Perpustakaan Negara.
Ucapan romantis Agong zahir penghargaan kepada Permaisuri mencuit hati
Al-Sultan Abdullah hari ini mencuit hati jemputan yang hadir pada perasmian 'Pameran Raja Kita' apabila bertitah menzahirkan ucapan terima kasih secara peribadi kepada Raja Permaisuri Agong.