Kerajaan Negeri Pahang optimis mampu menarik minat sejuta pelancong dari negara China mengunjungi negeri ini sebagai destinasi pelancongan pilihan pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pihaknya yakin dengan sasaran itu berikutan tahun ini merupakan Tahun Melawat Pahang.
Kempen promosi sudah bermula April hingga Disember tahun lepas.
Beliau berkata keunikan tersendiri negeri ini yang memiliki pelbagai destinasi menarik dan khazanah semulajadi yang tidak ternilai memberikan kelebihan untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara tembok besar itu.
Antara lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong China ialah Genting Highlands dan kawasan pantai, katanya pada sidang media mengenai majlis pengisytiharan Tahun Melawat Pahang 2017 di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Sharkar berkata pihaknya juga merancang mengadakan konvoi menjelajah ke seluruh negara bagi meneruskan kempen mempromosikan Tahun Melawat Pahang 2017 yang dijangka bermula pada Februari atau Mac nanti.
"Kita akan berhenti di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan," katanya.
Mengenai majlis pengisytiharan Tahun Melawat Pahang 2017 itu, beliau berkata ia akan disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan Jumaat ini, jam 8 malam. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 18 2017
Antara lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong China ialah Genting Highlands dan kawasan pantai di Pahang. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, tengah hari tadi.
Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong
Akses ke pusat peranginan itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas.
Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Genting Highlands
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Genting Highlands, Bentong, sejak Selasa lepas.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Perbandaran Rimbawan tawar kehidupan moden dalam kehijauan Genting Highlands
Bandar yang berkeluasan 315 ekar ini turut dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Miyawaki Method untuk meningkatkan biodiversiti dan mempercepatkan proses regenerasi semula jadi.
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
Pokok tumbang hempap lima kenderaan di Genting Highlands
Lima kereta rosak dihempap pokok tumbang di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Genting Highlands, petang tadi.
Tukang kebun buat laporan palsu disamun
Polis mengesan satu laporan palsu dibuat seorang tukang kebun yang mendakwa dirinya disamun oleh tiga lelaki di Genting Highlands, semalam.
Syarikat bas didakwa berkaitan kemalangan di Genting Highlands
Pengarah, M Kumar, 50, yang mewakili syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar.