NILAI: Divyana Prasath yang baru berusia 13 tahun berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Books of Records (MBR) mengenal pasti 86 bendera antarabangsa dalam masa seminit.
Divyana mencipta rekod itu selepas melakukan tiga kali percubaan bagi kategori mengenal pasti bendera antarabangsa terbanyak kanak-kanak di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian di sini hari ini.
Anak bongsu daripada dua beradik itu ketika ditemui berkata dia mula meminati tentang bendera antarabangsa menerusi Youtube sejak berusia 11 tahun dan bercita-cita menjadi seorang geologists.
"Selalunya di rumah, saya dapat mengenal pasti bendera ini sekitar 140 hingga 150 bendera dalam seminit, tetapi hari ini saya berasa gemuruh. Saya gembira dapat membuat rekod ini dan berterima kasih kepada keluarga dan guru yang sentiasa percaya dengan kebolehan ini, saya minat geografi," katanya.
Divyana berkata beliau amat berminat menonton program-program berbentuk geografi menerusi Youtube dan berharap suatu hari nanti beliau dapat mengelilingi dunia, menimba lebih banyak ilmu berkenaan negara yang ingin dilawati seperti Ecuador yang terletak di Amerika Selatan.
Sementara itu ibunya S. Tenagari berkata, beliau bersama suami S. Prasath memang sedar minat anaknya yang sering meluangkan masa menonton program berkenaan ilmu pengetahuan am dan kenegaraan di Youtube.
"Kalau ibu bapa lain mungkin risau apabila anak sering menonton perkara-perkara tidak menentu di Youtube, tapi bagi anak kami, dia suka sangat mendalami ilmu berkaitan pelbagai negara. Saya lihat anak kami ini menonton Youtube bukan sekadar hiburan, tetapi dia belajar tentang populasi, budaya dan mata wang pelbagai negara," katanya.
Perunding Kanan Rekod MBR Edwin Yeoh berkata, Divyana merekodkan pencapaian tertinggi dapat mengenal pasti 86 bendera, berbanding rekod 40 hingga 50 bendera yang dilakukan kanak-kanak lain sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Divyana merekodkan pencapaian tertinggi dapat mengenal pasti 86 bendera, berbanding rekod 40 hingga 50 bendera yang dilakukan kanak-kanak lain sebelum ini. - Foto: Sinar Harian

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

2024 disahkan tahun paling panas
TAHUN 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.

Lebih satu juta pelancong India tiba di Malaysia, lakar rekod baharu
Malaysia kini benar-benar diiktiraf sebagai destinasi utama bagi pelancong India yang melancong ke luar negara, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa.

Bryan perbaharui rekod kebangsaan 50m kuak kupu-kupu di Budapest
Bryan merekodkan masa 23.64 saat (s) untuk menamatkan saingan saringan lima di tempat ketiga di belakang Lamar Taylor dari Bahamas (23.24s).

Iran lancar satelit Fakhr-1, catat rekod baharu kapasiti muatan
Kejayaan pemindahan blok Fakhr-1 dan Saman-1 ke orbit dengan berat keseluruhan 300 kg mencipta rekod baharu bagi Iran.

Seoul dilitupi salji, banyak penerbangan dibatal, tangguh
Seoul diliputi salji melebihi 16 sentimeter (cm) pada Rabu, mencatat rekod baharu bagi November sejak pemerhatian cuaca moden dimulakan pada 1907, menurut agensi cuaca negara.

Penerbangan belon udara panas cipta rekod baharu di Cappadocia, Turkiye
Cappadocia menawarkan penerbangan belon udara panas sebagai antara aktiviti pelancongan yang paling diminati.

Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.

SUKMA 2024: Bryan pecah rekod temasya dua kali untuk raih emas 50m kuak kupu-kupu
Perenang kebangsaan Bryan Leong Xin Ren mencipta rekod baharu acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 sebanyak dua kali hari ini.

Jing Hong lebur rekod 20 tahun lumba jalan kaki SUKMA
Khor Jing Hong mencipta sensasi apabila meraih pingat emas acara 20,000m lumba jalan kaki SUKMA 2024 di Stadium Sarawak.

SUKMA 2024: Satu rekod temasya 'lebur' pada Sabtu
Penembak Negeri Sembilan Gan Chen Jie dengan catatan 574 mata, meleburkan rekod penembak Perak Nurul Syafani Nabilah Abdul Razak.