MUAR: Sektor pelancongan antara industri yang cukup terkesan sewaktu negara berdepan cabaran pandemik COVID-19.
Sementara sebahagian aktiviti dan pengusaha pelancongan cuba bertahan dengan menanggung kerugian, sebahagiannya pula terpaksa 'mengaku kalah' lantas ditutup operasi.
Bagaimanapun, kelonggaran syarat yang membolehkan rakyat kembali bergerak dan keluar merentas sempadan membolehkan banyak pengusaha menyusun strategi serta azam untuk kembali bangkit.
Salah satunya adalah produk pelancongan di Muar, Johor iaitu Muar River Cruise. Ia telah kembali bertapak semula bagi merancakkan industri pelancongan setempat.
Jika satu ketika dahulu kawasan jetinya agak sunyi, kini harapan kembali bersinar apabila ia mula didatangi pengunjung dari dalam mahupun luar negara.
Bagi mereka yang mahu menikmati pengalaman menenangkan di atas bot berkenaan, ia bukan sekadar menyajikan pemandangan indah di sepanjang tebing sungai.
Perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit itu juga mendedahkan penumpang bot kepada sejarah dan latar belakang Bandar Maharani (Bandar Diraja Johor) itu.
Bagi Kapten Kapal, Noor Azam Ismail, pihaknya boleh tersenyum melihat kemeriahan pengunjung yang kembali mewarnai destinasi pelancongan di Johor.
Beliau mengakui proses pemulihan ekonomi mengambil masa yang agak panjang khususnya sektor pelancongan yang terjejas teruk.
“Setahun lebih juga kita tidak beroperasi dan hujung tahun lepas baru kita kembali operasi, dan Alhamdulillah, pengunjung pun dah mula ramai semula.
“Biasanya musim cuti sekolah dan perayaan memang cukup ramai dan kebanyakan mereka (pengunjung) datang dari luar,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Muar River Cruise mula beroperasi seawal jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 5.30 petang.
Antara kawasan yang dilalui termasuklah beberapa mercutanda tumpuan seperti Istana Persinggahan Muar, Bangunan Sultan Ibrahim, Jambatan Sultan Ismail, serta menara jam yang telah bertapak sejak tahun 1909.
Harga tiket yang ditawarkan pada kadar yang cukup berpatutan iaitu RM15 bagi kanak-kanak dan RM20 bagi golongan dewasa.
Hilmi Malik
Sun Nov 13 2022
Muar River Cruise antara produk pelancongan di Johor yang kembali mendapat sambutan pengunjung. - Astro AWANI
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
'Pelayaran' kembali meriah, Muar River Cruise pacu sektor pelancongan di Johor
Muar River Cruise antara produk pelancongan yang telah kembali bernafas bagi merancakkan industri pelancongan di Johor.