MARANG:Musim tengkujuh yang sedang melanda kini bukan sahaja menyebabkan banjir, namun ia juga merupakan pesta ikan sungai dan ikan darat buat penduduk di Kampung Durian Pahit, di sini.
Mana tidaknya, kebanyakan kawasan sawah padi dan paya di kampung tersebut akan menjadi lubuk ikan yang seterusnya membawa limpahan rezeki buat para penduduk.
Seorang penduduk kampung Mohd Suhaimi Mohd Hasan, 25, berkata sepanjang musim tengkujuh ini beliau berjaya menangkap ikan sungai dan ikan darat seperti kelah, patin, haruan, keli, puyu dan sepat sehingga 30 kilogram sehari.
"Kita perlu tahu di mana kawasan yang menjadi lubuk ikan. Selalunya ikan banyak berkumpul di kawasan berdekatan dengan tali air dan sungai serta kawasan paya yang berhampiran dengan hutan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Durian Pahit di sini.
Pemuda yang bekerja sendiri itu turut menjadikan aktiviti tersebut sebagai pendapatan tambahannya dengan menjual ikan-ikan yang ditangkap kepada penduduk kampung dan penduduk di sekitar Marang pada harga hanya RM10 hingga RM15 sekilogram.
"Selalunya, 7 pagi saya sudah mula keluar mencari ikan dan akan ada penduduk yang sudah menunggu di tepi sawah atau paya untuk membeli. Kami juga menjual ikan-ikan sungai di tepi jalan atau melakukan penghantaran ke rumah pembeli yang tinggal di sekitar Marang," katanya yang memperoleh keuntungan antara RM300 hingga RM400 sehari hasil menjual ikan tersebut.
Abu Aiman Musa, 31, berkata beliau tidak menjual ikan sungai yang ditangkap sebaliknya hanya dimakan seisi keluarga.
"Saya tangkap atau memancing ikan di kawasan yang senang untuk sampai sahaja. Jadi hanya dapat dua hingga tiga kilogram sehari. Cukuplah dijadikan lauk-pauk untuk keluarga di musim tengkujuh ini.
"Hanya musim tengkujuh sahaja saya tangkap ikan hari-hari. Waktu lain kadang-kadang sahaja kerana ikan hanya terdapat di kawasan tali air dan sungai," katanya yang mula menangkap ikan sungai dan ikan darat sejak zaman kanak-kanak lagi.
Sementara itu Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Razak berkata aktiviti menangkap ikan di Kampung Durian Pahit dan kawasan sekitarnya sepanjang musim tengkujuh berpotensi dijadikan sebagai sebuah lagi produk pelancongan berasaskan komuniti di Marang.
"Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai petani. Selepas COVID-19 berakhir kita boleh mengajak pelancong datang ke kampung-kampung di Marang ini dan merasai sendiri pengalaman menangkap ikan sungai.
Pelancong terutama dari Eropah sangat meminati pakej pelancongan berasaskan pengalaman seumpama ini," katanya.
-- Balqis Jamaludin/BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020
Mohd Suhaimi Hasan, 25, (kiri) dan rakannya Muhd Zukanain Abdullah, 42, memeriksa pukat untuk mengumpul hasil tangkapan ikan yang diletakkan di kawasan sawah padi terbiar di Kampung Durian Pahit, Merchang. - Bernama
Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan
Laporan cap jari yang dikumpul dari rumah pelakon Bollywood terkenal, Saif Ali Khan, yang cedera ditikam pada 16 Januari lalu, didapati tidak sepadan dengan cap jari suspek.
Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Ukraine boleh menggunakan jalan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun.
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang
PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya
ICC menuntut penjelasan, mengatakan bahawa pihaknya tidak dirundingkan mengenai keputusan tersebut.
Teluk Mexico ditukar kepada Teluk Amerika dalam peta Google
Peta Google akan menukar nama ‘Teluk Mexico’ kepada ‘Teluk Amerika’, sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS).
12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat
Lebih 12 pegawai yang terlibat dalam penyiasatan jenayah ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipecat atas alasan mereka tidak boleh dipercayai untuk melaksanakan agenda Presiden.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Semua kementerian bekerjsama lahirkan modal insan berkualiti
Kesemua kementerian dalam pentabdiran Kerajaan Madani akan terus bekerjasama dalam usaha melahirkan modal insan yang berbakat dan mempunyai skil bagi memenuhi keperluan industri-industri baharu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
Kerajaan Negeri Sembilan siap siaga bencana banjir
Pengurusan Bencana Negeri mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi lain bagi mendapatkan maklumat dan persiapan menghadapi musim tengkujuh.
Musim tengkujuh dijangka bermula November, lalui enam episod hujan lebat
Ambun berkata sepanjang tempoh itu, Malaysia diramal melalui empat hingga enam episod hujan lebat berterusan yang signifikan.
Ubi laris pada musim tengkujuh
Hujan menyebabkan Mat Ariffin tidak dapat bekerja seperti biasa lalu mendorongnya menjual ubi bagi mencari pendapatan lain.
Musim tengkujuh: Pembekal jual ayam pada harga murah bantu orang ramai
Ketua Pengawai Eksekutif Ayam Putih Sdn Bhd Erra Emira Mohamed Zin berkata lebih 2,000 ekor ayam dijual pada program promosi syarikatnya.
Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia
Ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luaran monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.
Bersedia sepenuhnya hadapi kecemasan sekiranya banjir - Kapten Bala
Kapten Bala berkata, pada musim tengkujuh ketika ini mungkin berlaku hujan lebat berterusan yang boleh mengakibatkan limpahan sungai.
Musim tengkujuh: 186 kawasan berisiko kepala air seluruh negara ditutup mulai November
Penduduk setempat diberi amaran supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pada musim tengkujuh di kawasan rekreasi yang berisiko.
APM Kelantan tingkatkan latihan hadapi Monsun Timur Laut
Latihan bertujuan bagi mempersiapkan anggota yang terlibat dalam operasi semasa musim tengkujuh.
Dalam masa 24 jam, petisyen bantah PRU15 di musim banjir kumpul lebih 8,000 tandatangan
Dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan, petisyen Bantah PRU15 Semasa Banjir: Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan masih belum mendapat 10,000 tandatangan.
PRU15: 'Apalah sangat kerajaan tunggu sampai akhir penggal?' - Nurul Izzah
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu, keutamaan harus diberikan kepada persediaan kelengkapan untuk musim tengkujuh dan iklim yang terlalu ekstrem.