KUALA LUMPUR: Kanser payudara boleh menyerang sesiapa sahaja dan antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit adalah genetik, sejarah keluarga, perubahan hormon, gaya hidup, umur, kitaran haid dan menopaus.
Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 685,000 kematian direkodkan pada 2020 akibat penyakit itu dan dianggarkan 0.5 hingga satu peratus kes kanser payudara melibatkan golongan lelaki.
Pakar Perunding Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Christina Lai Nye Bing berkata walaupun kesedaran mengenai penyakit itu semakin meningkat, hakikatnya kebanyakan pesakit yang baru disahkan menghidap kanser payudara sebenarnya sudah berada pada tahap yang teruk.
"Kadar kesembuhan individu yang dikesan dengan kanser payudara pada peringkat awal adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang sudah teruk tetapi belum merebak ke anggota badan lain (tahap 3) atau metastatik (tahap 4).
"Mamogram lazimnya disaran dibuat setiap tahun oleh wanita berumur 40 tahun dan ke atas. Ia dapat mengesan kalsifikasi payudara prakanser, iaitu bintik putih pada imej sinar-X yang menandakan karsinoma duktal in situ (DCIS), yang juga dikenali sebagai kanser payudara tahap 0," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dr Lai berkata walaupun DCIS biasanya tidak berbahaya (benigna), ia menyumbang kepada 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kes kanser payudara yang baru didiagnos, atau satu daripada lima kes.
Justeru, beliau menggalakkan lelaki dan wanita untuk melakukan pemeriksaan kendiri sebulan sekali seawal usia 20 tahun bagi mengenal pasti sebarang keadaan luar biasa pada tubuh mereka.
"Jika anda mengesan ada ketulan pada dada, anda tidak perlu panik kerana hanya 10 hingga 20 peratus daripada ketulan seperti itu bertukar menjadi kanser. Namun bagi wanita, sebaiknya jangan buat pemeriksaan sebelum haid kerana pada waktu itu payudara lazimnya membengkak," katanya.
Beliau berkata seiring peredaran masa, kemajuan dalam saringan dan bidang onkologi juga mampu memberikan sinar harapan kepada pesakit kerana status hormon dan kajian genomik memberi maklumat penting yang membolehkan pakar onkologi menyesuaikan rawatan dengan keadaan unik setiap pesakit.
Dr Lai berkata kemajuan itu membuka ruang kepada rawatan bersasar yang boleh mengecutkan atau menghapus tumor dengan ketara selain pesakit kurang mengalami kesan sampingan disebabkan hasil inovasi seperti penggunaan mesin kemoterapi yang dapat memelihara rambut, pembedahan onkoplastik untuk pembinaan semula payudara dan ubat antimuntah yang ditambah baik.
"Jika dahulu, diagnosis kanser payudara biasanya disambut dengan rasa takut dan tidak pasti kerana membayangkan kemungkinan melakukan pembedahan yang mampu mencacatkan rupa serta menjalani rawatan yang melemahkan.
"Namun pada hari ini, penerimaan wanita yang menghidap kanser payudara adalah jauh lebih positif. Pilihan rawatan juga tidak begitu menjejaskan gaya hidup dan kehidupan seharian pesakit. Disebabkan itu, biarpun kanser payudara masih merupakan penyakit yang serius, pesakit mempunyai banyak sebab untuk tidak putus harapan, terutamanya apabila ia dikesan lebih awal," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Lai berkata 50 peratus wanita yang didiagnos dengan kanser di Malaysia berumur bawah 50 tahun sekali gus menegaskan agar golongan muda juga perlu mula memberi perhatian terhadap perkara berkenaan.
Sempena Pinktober iaitu bulan kesedaran kanser payudara kebangsaan, beliau mengajak orang ramai untuk menyemai sikap proaktif dalam memahami faktor risiko masing-masing dan komited terhadap pemeriksaan berkala kerana pengesanan awal mampu merawat kanser payudara.
"Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kanser payudara, segeralah mendapatkan nasihat daripada doktor. Pusat pemeriksaan kesihatan juga boleh mencadangkan pakej yang bersesuaian dengan faktor risiko anda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Berdasarkan statistik WHO, sebanyak 685,000 kematian direkodkan pada 2020 akibat penyakit itu dan dianggarkan 0.5 hingga satu peratus kes kanser payudara melibatkan golongan lelaki. - Foto BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Kekal positif, kanser bukan penamat hidup
Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.

Pengesanan awal bantu cegah risiko kanser payudara, tingkat hasil rawatan
Kanser payudara boleh menyerang sesiapa sahaja dan antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit adalah genetik, sejarah keluarga, perubahan hormon, gaya hidup, umur, kitaran haid dan menopaus.

Penyunting Bahasa Inggeris Bernama meninggal dunia akibat kanser
Muharyani meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi di Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas dimasukkan ke institut itu Ahad lepas.

Kanser payu dara, barah utama penyebab kematian wanita
Kanser itu mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 34.1 peratus berbanding kanser lain dalam kalangan wanita di Malaysia.

"Terima kasih Allah izinkan saya merasakan nikmat manisnya madu" - Nurulhidayah
-I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu.- - Nurulhidayah

Madu anak Zahid Hamidi meninggal dunia akibat kanser
Allahyarham Bahazanariah meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat kanser payu dara.

Wanita penghidap kanser payu dara antara 58 yang ditahan dalam operasi
AADK Daerah Kuala Muda melaksanakan operasi bermula 22 hingga 24 Jun dengan kekuatan lapan pegawai dan 17 anggota.

Kasihkan isteri tiada tolok bandingnya
Seorang suami tidak dapat menemani isterinya menjalani rawatan kemoterapi di hospital tampil kreatif apabila tetap setia menemani di luar hospital.

Lelaki dinasihati jalani pemeriksaan kanser payu dara
Golongan lelaki di negara ini dinasihati agar menjalani pemeriksaan kanser payu dara sekiranya ada perubahan pada bahagian itu terutamanya dalam bentuk ketulan.

Satu peratus penghidap kanser payu dara adalah lelaki - Pakar
Kira-kira satu peratus daripada penghidap kanser payu dara yang dikesan di Kelantan adalah lelaki.