Langkah kompetitif Apple ini memperlihatkan usaha Apple untuk memenangi pasaran perisian (software) dan perkakasan (hardware).
Pengumuman tergempar tersebut dilaksanakan sewaktu Persidangan Pengaturcara Sedunia (Worldwide Developers Conference) di Apple Park, Cupertino California.
1. Skrin kunci boleh dimodifikasi

2. Kawalan aktiviti melalui skrin kunci
3. Mesej teks boleh diubah suai dan dibatal hantar
4. “Apple Pay” mempunyai fungsi bayar kemudian (Pay Later) dalam IOS 16
5. Fungsi ‘semakan keselamatan’ (Safety Check) untuk mangsa dera yang terselamat
6. CarPlay mungkin akan memasukkan widget Apple ke dalam kluster instrumen anda
7. “Watch OS 9” mempunyai pelbagai fungsi rekod jejak kesihatan

8. App ‘kecerdasan’ (Fitness App) bakal tersedia ada dalam semua jenis iPhone
9. Laman utama Apple memaparkan rekaan baharu yang lebih efisien untuk pengawalan alat rumah pintar (smart home)
10. Penambahan cip M2 (Next-Gen) bakal naik taraf prestasi sebanyak 18 peratus jika dibandingkan dengan M1
11. Rekaan baharu MacBook Air merupakan yang pertama untuk menggunakan cip M2
12. MacBook Pro Apple 13 inci yang baharu juga lengkap dengan cip M2

13. Sistem macOS 13 Ventura menambah fungsi tugas pelbagai yang dinamakan “Stage Manager”

14. “Apple Passkeys” akan menggantikan kata laluan untuk mendaftar masuk laman sesawang Safari
15. iPhone boleh berfungsi sebagai kamera web dipadankan dengan klip tersendiri untuk dilekatkan pada komputer Mac
16. iPadOS 16 membekalkan pelbagai fungsi baharu yang memfokuskan pada kepada tugas pelbagai dan kolaborasi

MacBook Air terbaru dijangka bakal tiba di Malaysia dalam beberapa bulan akan datang.