KOTA BHARU: Walaupun sukar untuk dihasilkan, namun ia tidak mematahkan semangat pelukis batik Ahmad Fathil Othman, 47, untuk terus berusaha mengekalkan warisan seni itu agar tidak lapuk ditelan zaman.
Lebih-lebih lagi batik begitu sinomin dengan budaya negeri Cik Siti Wan Kembang selain seni kraf itu mempunyai nilai estetika yang tersendiri.
Minat Ahmad Fathil terhadap kehalusan seni melukis batik bermula sejak di sekolah rendah lagi dan kini telah menjadi punca rezekinya setelah berusaha menjadi pelukis batik secara profesional sejak lebih 20 tahun lepas.
"Selepas tamat pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pada 1993, saya mula mencari kerja sambilan memandangkan keluarga saya bukan berasal dari keluarga yang senang. Syukurlah, ketika itu sahabat karib saya Hayuza Ibrahim, 46, telah menawarkan 'lubuk kerja' kepada saya sebagai pencanting batik di kedai milik keluarganya di Kampung Tapang dekat sini.
"Dari situ, bermulanya karier saya sebagai pencanting batik dan saya mengambil masa kira-kira seminggu untuk mahir selok-belok ilmu mencanting," katanya ketika ditemui di studio batik miliknya di Bazar Tok Guru, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Ahmad Fathil berkata selepas setahun bekerja sebagai pencanting batik sambilan, beliau mengikuti kursus kemahiran melukis batik selama setahun setengah di Institut Kemahiran Baitulmal di Kuala Lumpur pada 1997 untuk memantapkan lagi ilmunya secara formal.
Katanya, selepas berjaya menamatkan kursus kemahiran berkenaan pada tahap satu, beliau mula beralih angin dengan memfokuskan kerjanya melukis batik corak abstrak dan alam semula jadi kerana menyedari seni batik mempunyai ketinggian nilai tersendiri selain tidak ramai pengkarya seni berminat menceburi lukisan batik.
"Untuk melukis batik ini agak rumit kerana ia perlu melalui beberapa proses termasuk menggunakan lilin cair untuk mencorakkan kain, membancuh warna, mematikan warna selain ia juga perlu dijemur," katanya.
Menurut Ahmad Fathil Othman, kain kapas menjadi pilihannya kerana ia mudah untuk digunakan kerana dapat mengekalkan warna dengan mudah ketika mencanting.
"Malah, untuk setiap corak yang dihasilkan menggunakan pen batik, saya akan menggunakan lilin sehingga tujuh lapisan untuk memastikan kualiti warna yang dihasilkan cantik dan menarik," katanya yang turut memenangi beberapa anugerah termasuk Piala Seri Endon selain dipilih sebagai Tokoh Kraf Batik 2021 dan Tokoh Institut Kemahiran Baitulmal.
Bapa kepada dua anak itu berkata, sehingga kini beliau telah menghasilkan hampir 2,000 lukisan bermotifkan batik yang dijual bermula harga RM600 dan mampu mencecah sehingga RM21,000.
"Setiap lukisan yang dihasilkan ini akan mengambil masa sekitar seminggu dan paling lama mencecah lebih dari sebulan bergantung kepada saiz dan corak yang dihasilkan terutamanya apabila menggunakan teknik retak seribu memandangkan ia corak yang paling popular dan paling lama.
"Hasil seni karya saya juga turut diminati pelancong asing dari Perancis, selain Muzium Negeri Kelantan, Pejabat Kedutaan di Dubai, selain orang kenamaan seperti Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz," katanya.
Beliau juga telah menyertai beberapa siri pameran antarabangsa seperti Singapura, Indonesia, China, Itali, Perancis dan Dubai.
"Diharap lebih ramai pengkarya seni khususnya pencanting batik dapat berkecimpung dalam seni halus ini agar karya ini dapat terus diperlihara sekali gus akan diwarisi kepada generasi akan datang," katanya mengakhiri perbualan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Pelukis lukisan batik Ahmad Fathil Othman, 47, melakukan kerja mencanting batik untuk menghasilkan karya yang baharu ketika ditemui pemberita di studio batik miliknya di Bazar Tok Guru, Kota Bharu. - Bernama
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Pertahan lukisan batik agar tidak lapuk ditelan zaman - Pelukis
Minat Ahmad Fathil terhadap kehalusan seni melukis batik kini menjadi punca rezekinya setelah berusaha menjadi pelukis profesional sejak lebih 20 tahun lalu.