KOTA BHARU: Pesta Wau Antarabangsa Kelantan kali ke-14 yang akan diadakan di Pantai Geting, Tumpat selama tiga hari bermula Khamis ini melibatkan 32 peserta antarabangsa daripada 15 buah negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor berkata antara negara yang mengesahkan penyertaan ialah Australia, Austria, Jepun, Hong Kong, Jerman, Poland, Amerika Syarikat, China, Kemboja, Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.
Beliau berkata pesta bertemakan 'Wau Sepanjang Zaman' itu masih relevan sebagai medium beriadah selain menjadi pencetus semangat kepada penggiat dan peminat wau di negara ini.
"Saya juga difahamkan pesta ini akan disertai 205 peserta daripada Majlis Pelayang Malaysia dan kami menganggarkan 200,000 akan hadir pada pesta berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain itu, Kamarudin berkata dua lagi acara utama dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Kelantan 2024 ialah Larian Gunung Tok Nenek Bubu Yong Yap Ultra pada 29 dan 30 Jun diikuti Karnival Sukan Udara Antarabangsa Kelantan pada 5 hingga 8 Julai depan.
Beliau berkata acara larian gunung yang membabitkan tiga puncak ikonik iaitu Gunung Tok Nenek, Gunung Bubu dan Gunung Yong Yap itu akan membawa pelari menakluki laluan hutan yang mencabar sepanjang 50 kilometer (km) itu dijangka mendapat penyertaan peminat sukan itu di seluruh negara.
Beliau berkata Sukan Udara Antarabangsa Kelantan kali ketiga yang akan diadakan di Kampung Gong Kubur, Pasir Puteh bakal menghimpunkan 150 peserta dalam kategori alat kawalan jauh dan lebih 100 peserta dalam kategori paramotor selain pertunjukan belon udara panas.
"Semua acara besar ini adalah sebahagian daripada 70 acara tahunan yang kita rancang sepanjang Tahun Melawat Kelantan 2024 bagi mencapai sasaran 10 juta pengunjung ke negeri ini," katanya.
Beliau berkata hingga Mac sejumlah 300,000 pelancong direkodkan berkunjung ke Kelantan menerusi 30 acara yang telah diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Pelbagai ragam dan seni reka layang-layang dan wau mempesonakan pengunjung semasa penganjuran Pesta Wau Antarabangsa sebelum ini. - Bernama

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Pesta Wau Antarabangsa tarik lebih 30 peserta dari 15 negara
Antara negara yang mengesahkan penyertaan ialah Australia, Austria, Jepun, Hong Kong, Jerman, Poland, Amerika Syarikat, China dan Kemboja.