INDAHNYA gambaran kehidupan dalam era yang sudah lama hilang ditelan masa dan arus pemodenan.
Para petani dirakam berjalan bersama kerbau ternakan mereka, berlatar belakangkan landskap menghijau, dikelilingi pohon-pohon yang rimbun, dengan cahaya matahari bersinar di sebalik kabus.
Gambar-gambar yang tular di Weibo yang dikatakan diambil di daerah Xiapu, sebuah desa terletak di wilayah Fujian, China, telah menyebabkan ribuan pelancong berpusu-pusu ke lokasi tersebut, menjadikannya salah satu destinasi paling popular di negara berkenaan.
Tapi, nanti dulu! Ada yang tak kena! Apa yang menjadi 'masalah' ialah semua yang digambarkan itu hanya lakonan semata-mata.
Walaupun daerah Xiapu memang wujud, tetapi apa yang dipersembahkan dalam gambar-gambar yang tular adalah direka dan diterjemahkan oleh pelakon, yang sebahagiannya adalah penduduk tempatan, berpura-pura menjadi petani dan nelayan untuk pelancong yang sedia membayar.
Biarpun sedar ia bukan realiti, namun sebilangan pelancong tidak kisah melakukan perjalanan ke Xiapu dengan tujuan merakam gambar untuk dimuat naik ke media sosial, sekali gus mengenang kembali memori tradisi kehidupan yang sudah luput ditelan zaman.
Xiapu, sebuah penempatan nelayan, suatu ketika dahulu pernah terkenal dengan makanan laut tetapi hasil tangkapan yang menurun selama bertahun-tahun menyebabkan ekonominya jatuh, lapor The New York Times.
Tetapi ia kini mendapat keuntungan hasil ledakan sektor pelancongan yang didorong oleh desakan kerajaan China yang mahu rakyatnya mengembara ke luar bandar, dan merasai nostalgia cara hidup zaman dahulu yang sudah hilang.
Liu Weishun, yang menguruskan tarikan pelancongan tempatan menerusi gambar dan visual yang memaparkan kehidupan di perkampungan tersebut memberitahu, dia menerima kira-kira 500 pelawat sehari yang tiba dan mengenakan caj $3 (RM9) setiap orang.
Tetapi tidak semua pelancong tahu itu semua palsu.
"Apabila mereka mendengar yang semua ini hanya lakonan, mereka kecewa.
"Jadi kadang-kadang saya akan beritahu, oh, ini bukan musimnya, untuk hilangkan rasa kecewa mereka," katanya kepada The Times.
Tetapi situasi itu menimbulkan kemarahan di Weibo, platform media sosial China, dengan ramai menyifatkannya sebagai penipuan.
"Pertama sekali, mereka semua adalah pelakon, dan daerah itu sendiri seperti kawasan pementasan untuk persembahan," tulis seorang pengulas di Weibo, lapor Insider.
"Sebenarnya, tanpa sebarang suntingan, tempat ini biasa saja. Pantainya kotor, dan restoran makanan lautnya pula mengenakan harga yang sangat mahal, " kata seorang pengguna lain.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sat Jul 10 2021
Walaupun daerah Xiapu memang wujud, tetapi apa yang dipersembahkan dalam gambar-gambar yang tular adalah direka dan diterjemahkan oleh pelakon, sebahagiannya adalah penduduk tempatan.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Popular dan cantik di media sosial, tetapi lokasi pelancongan ini sebenarnya tak wujud!
Apa yang menjadi 'masalah' ialah semua yang digambarkan di perkampungan itu hanya lakonan semata-mata.