LUNDU: Seawal 5 pag lagii, Sadiah Abdullah dan suaminya, Hamzah Bujang akan membonceng motosikal ke sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 45 minit dari rumahnya bagi mencari cendawan sawit.
Sejak 17 tahun lalu, cendawan sawit menjadi sumber rezeki buat pasangan suami isteri berusia 62 tahun ini untuk menyara tiga orang anaknya.
Musim kemarau dan binatang berbisa, menjadi cabaran buat mereka sepanjang bergelar penjual cendawan sawit. Namun, itu semua alah bisa, tegal biasa.
Menceritakan pengalaman tersebut kepada Astro AWANI, Sadiah berkata dia mula mencari tumbuhan itu selepas kehilangan pekerjaan sebagai konduktor bas pada 2004.
Dia mendapat idea menjual cendawan sawit memandangkan ia tidak memerlukan modal untuk memulakan perniagaan, selain cendawan sawit mendapat sambutan dalam kalangan penduduk setempat.
Setiap hari, Sadiah dan suami akan menghabiskan masa selama tiga jam di ladang kelapa sawit sebelum pulang membersihkan cendawan sawit untuk dijual di Pasar Tamu Lundu.
"Kadang-kadang sampai 20 kilogram, kadang-kadang 15kg sahaja (dapat), tidak tentu. Kalau dapat sikit, sikitlah pendapatan.
"Kalau musim kemarau, tiada juga sebab kering. Tetapi setakat ini memang sentiasa ada (kulat) walaupun hanya dua atau tiga kilogram," katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.
Menjadi lumrah sebagai peniaga, kadangkala hasil jualan cepat habis, tetapi ada juga hari yang terpaksa menunggu pelanggan.
Bagi Sadiah, dia beruntung kerana tidak ramai yang menawarkan cendawan sawit di Pasar Tamu Lundu, yang ketika ini dijual pada harga RM20 sekilogram.
Situasi itu menyebabkan cendawan sawit yang dijual Sadiah menjadi buruan para pelanggan daripada pelbagai kaum dan agama.
"Kadang-kadang pukul 12 tengah hari jualan saya sudah habis... tetapi kadang-kadang saya duduk sini (menunggu pelanggan).
"Tak kira (kaum) Cina, Melayu... semua mahu beli. (Pelanggan) Pakistan yang jual karpet pun datang cari," ceritanya lagi.
Sementara itu, pesara tentera, Watson Jiti, 63, berkata hampir setiap minggu dia akan membeli cendawan sawit kerana ia amat digemari oleh ahli keluarganya.
Katanya, cendawan sawit boleh dimasak dalam pelbagai resepi.
"Sebab cendawan ini boleh dikatakan sedap dimakan termasuk digoreng dengan tepung, sup dan sebagainya. Macam yang payung (cendawan besar) ini boleh goreng, dan kalau ada masa, kita pergi cari sendiri di ladang," katanya.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Hasimi Muhamad
Sat Dec 11 2021
Sadiah (gambar) berkata dia mula mencari tumbuhan itu selepas kehilangan pekerjaan sebagai konduktor bas pada 2004 - Foto Astro AWANI
Hukuman penjara 58 tahun, denda RM1.05 juta bekas majistret dikekalkan
Mahkamah Tinggi Kuantan mengekalkan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1.05 juta terhadap bekas majistret yang didapati bersalah atas enam pertuduhan berkaitan rasuah.
Saif Ali Khan ditikam, Kareena Kapoor akhirnya buka mulut
Aktres Kareena Kapoor akhirnya 'membuka mulut' selepas suaminya, Saif Ali Khan mengalami kecederaan parah setelah diserang perompak di kediaman mereka di Mumbai, India pada awal pagi Khamis.
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Perlis bakal jadi tuan rumah Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2025
Penganjuran itu telah dimasukkan dalam takwim kejohanan, dan kini sedang menunggu perbincangan lanjut pada peringkat Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta
Pencapaian itu hasil kerjasama strategik antara unit, cawangan dan bahagian JKDM melalui pelaksanaan pendekatan Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI).
Sidang Media Menteri Kesihatan | 17 Jan 2025
Ikuti Sidang Media Khas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Kuala Lumpur.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN teguh sokong hala tuju damai Myanmar
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.
Pihak berkuasa Gaza umum rancangan hantar pulang rakyat Palestin yang dipindahkan
Kerajaan Gaza pada Khamis menyatakan ia sedang bersiap sedia untuk mengumumkan rancangan bagi mempermudah kepulangan penduduk yang dipindahkan dari bahagian tengah dan selatan Gaza.
PRN Sarawak: Rezeki jual cendawan sawit sara keluarga
Musim kemarau dan binatang berbisa, menjadi cabaran buat mereka sepanjang bergelar penjual cendawan sawit. Namun, itu semua alah bisa, tegal biasa.