Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata menurut laporan itu juga, media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook iaitu sebanyak 58 peratus pengguna, YouTube sebanyak 26 peratus dan 13 peratus, masing-masing bagi WeChat dan Instagram.
Salleh berkata laporan itu turut menyatakan rakyat Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak 86 peratus, bercetak (45 peratus), televisyen (54 peratus) dan radio (15 peratus).
"Selain itu, peranti utama yang digunakan adalah telefon pintar iaitu sebanyak 65 peratus, komputer 45 peratus dan tablet 18 peratus," katanya dalam catatan terbaru di laman blog www.sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Menurut Salleh lagi, kajian lain yang dibuat oleh organisasi berbeza, TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak menggunakan WhatsApp dengan jumlah 77 peratus, diikuti Facebook Messenger dengan 41 peratus.
Salleh berkata faktor penggunaan internet yang tinggi di negara ini adalah disebabkan Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan internet yang baik.
"Pengguna kita kerap menggunakan WhatsApp kerana banyak kelebihannya antaranya mudah dan cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat, perantaraan berkesan dalam sesebuah organisasi kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos.
"Bagi peniaga, ia dapat memudahkan mereka memperluas perniagaan masing-masing tanpa memerlukan kos yang tinggi manakala dalam politik, WhatsApp merupakan alat kempen politik yang berkesan dan meluas.
"Bayangkan satu kumpulan WhatsApp mempunyai 200 ahli. Jika seseorang itu mempunyai 10 kumpulan WhatsApp, dalam masa yang singkat beliau sudah boleh berkongsi maklumat dengan 2,000 orang," katanya.
Jelasnya, penggunaan WhatsApp juga mempunyai keburukan iaitu yang paling ketara apabila ia digunakan untuk menyebarkan maklumat yang salah hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang, apatah lagi jika terdapat ahli kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan sehingga menjadi tular.
"Saya mendukung kebebasan maklumat tetapi janganlah menggunakan WhatsApp untuk menjatuhkan kreadibiliti pihak lain dengan berita yang tidak tepat. Ini kerana WhatsApp mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Kuasanya seperti pisau tajam yang boleh mencederakan."Gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan mengelakkan diri daripada menabur fitnah. Bila semuanya teratur baik, kita tentunya bangga kerana mempunyai masyarakat yang celik IT sehingga menjadi pengguna WhatsApp terbanyak dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2017

Salleh berkata faktor penggunaan internet yang tinggi di negara ini adalah disebabkan Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan internet yang baik. - Foto REUTERS
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Tanda biru WhatsApp: Tiada lagi alasan mesej 'tak sampai'
Aplikasi WhatsApp memperkenalkan tanda semak berwarna biru pada Khamis menandakan mesej yang dihantar telah dibaca.