KAJIAN menunjukkan bahawa seorang dalam setiap empat orang akan mengalami masalah mulut berbau.
Ia bermakna lebih kurang 25 peratus daripada populasi berdepan masalah tersebut.
Pakar Pergigian Periodontik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Wan Nur Alwani Wan Abdul Aziz memaklumkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mulut seseorang itu berbau.
Pertama, penjagaan mulut yang salah menyebabkan masalah gusi atau gigi.
"Penyakit gusi tanpa disedari adalah penyumbang kepada masalah mulut berbau dan masalah gigi, dan 90 peratus populasi sebenarnya ada penyakit gusi.
"Macam mana kita nak diagnos, kita kena jumpa pakar pergigian. (Selain itu) simptom yang selalu seseorang dapat adalah apabila memberus gigi, (gusi) akan berdarah.
"Ia akan lebih teruk apabila gigi kita makin jarang gusi semakin turun, lalu gigi (kelihatan) makin panjang," jelasnya.
Tambah Dr. Wan Nur Alwani, punca mulut berbau adalah disebabkan gigi tidak diberus dengan sempurna.
"Kenapa ia berbau? Ia disebabkan plak atau tahi gigi yang merupakan tempat bakteria, yang sentiasa terbentuk walaupun lepas kita memberus gigi.
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangkan ia adalah perkara yang berbeza.
Tapi makanan itulah yang menjadi punca nutrien kepada bakteria untuk menghasilkan gas-gas yang kurang menyenangkan," ujarnya lagi.
Tambahnya kekurangan air liur juga merupakan punca yang menyebabkan mulut berbau.
Air liur berfungsi untuk mencernakan makanan, selain ia mengandungi antibodi untuk membunuh bakteria.
Sifatnya yang basah menjadikannya sebagai agen pembersih semula jadi.
"Maka, apabila kita berpuasa, keadaan fisiologi atau semulajadi badan kita akan kekurangan air. Jika kurang minum maka badan kita automatik akan kurang air liur untuk elakkan badan kita hidrasi. Apabila ia berlaku, kita kekurangan semua sistem mekanisma pertahanan tadi.
"Bakteria akan senang berkumpul. Contohnya, pagi tadi kita sahur lepas tu tak berus gigi, ada makanan yang tertinggal.
"Bakteria ni senang berkumpul sebab ia tak dibasuh oleh air liur. Apabila ia 'duduk' di permukaan lidah dan gusi... dan kita jarang bercakap, jadi bakteria ni akan menghasilkan sulfur. Sulfur inilah yang mengeluarkan bau," jelasnya lagi.
Justeru katanya, bagi mengatasi masalah tersebut, setiap individu perlu memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selain mempraktikan ubat kumur untuk membunuh bakteria yang terdapat di dalam mulut.
Khairunnisa Kasnoon
Wed Apr 21 2021
![Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya? Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/51446648580_teeth.jpg)
Penyakit gusi tanpa disedari adalah penyumbang kepada masalah mulut berbau dan masalah gigi dan 90 peratus populasi sebenarnya ada penyakit gusi. - Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Separuh penduduk dunia menghidap penyakit mulut - WHO Separuh penduduk dunia menghidap penyakit mulut - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/71555652090_GOSOKGIGI.jpg)
Separuh penduduk dunia menghidap penyakit mulut - WHO
Penyakit mulut yang paling biasa ialah kerosakan gigi, penyakit gusi yang teruk, kehilangan gigi dan kanser mulut.
![Pengurus kumpulan Gigi, Baron, meninggal dunia akibat COVID-19 Pengurus kumpulan Gigi, Baron, meninggal dunia akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624944853_AriaBaronGigi.jpg)
Pengurus kumpulan Gigi, Baron, meninggal dunia akibat COVID-19
Pemergian Baron akibat COVID-19 turut diratapi peminat-peminat muzik Indonesia yang meluahkan kesedihan mereka di Twitter.
![Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya? Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/51446648580_teeth.jpg)
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
![Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607654399_DrIzhar.jpg)
Malaysia berjaya hasilkan implan 3D titanium pertama di Asia Tenggara
Sektor perubatan negara terus ke hadapan apabila penggunaan cetakan implan tiga dimensi (3D) titanium diguna pakai dalam pembedahan.
![Gusi berdarah perlu dirawat, elak hilang gigi - Pakar Gusi berdarah perlu dirawat, elak hilang gigi - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599494924_gusiberdarah.jpg)
Gusi berdarah perlu dirawat, elak hilang gigi - Pakar
Masyarakat sering memandang ringan masalah gusi berdarah dan tanpa mereka sedari bahawa ia boleh menyebabkan kehilangan gigi.
![526 gigi dalam mulut budak 7 tahun 526 gigi dalam mulut budak 7 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61564704291_Gigi.jpg)
526 gigi dalam mulut budak 7 tahun
Ravindran dikatakan sering mengadu bahagian sebelah kanan rahang bawahnya bengkak sejak dia berumur tiga tahun.
![Tok Batin jadi Ikon Gigi Orang Asli Tok Batin jadi Ikon Gigi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562857088_Gigi.jpg)
Tok Batin jadi Ikon Gigi Orang Asli
Kesemua iGGOA yang terpilih berkenaan merupakan Tok Batin daripada daerah Batang Padang, Muallim, Kampar, Kinta, Perak Tengah dan Hilir Perak.
![Keji! Masak, hidang daging kekasih Keji! Masak, hidang daging kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529386839_knife.jpg)
Keji! Masak, hidang daging kekasih
Seorang wanita Maghribi didakwa membunuh kekasihnya dan 'menghidangkan' cebisan dagingnya yang dimasak kepada pekerja warga Pakistan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
![Mat Gian 'tertelan' gigi palsu ketika cuba larikan diri daripada polis Mat Gian 'tertelan' gigi palsu ketika cuba larikan diri daripada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520906642_MatGian.jpg)
Mat Gian 'tertelan' gigi palsu ketika cuba larikan diri daripada polis
Nak selamatkan diri daripada dicekup polis, seorang mat gian veteran berusia 62 tahun tak sengaja tertelan gigi.
!['Rongak' semua 27 gigi akibat minum air berkabonat setiap hari 'Rongak' semua 27 gigi akibat minum air berkabonat setiap hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71516682833_gigi.jpg)
'Rongak' semua 27 gigi akibat minum air berkabonat setiap hari
Anda penggemar minuman berkabonat? Hati-hati dengan pengambilan kandungan gula dalam rutin harian anda.