SEJAK dulu kita sering dengar wanita berkata bahawa rambut merupakan mahkota mereka. Sebenarnya ia juga tidak kurang juga penting kepada lelaki.
Rambut antara ‘aset' yang sangat penting dalam penampilan lelaki. Malah dengan rambut yang baik ia menonjolkan identiti serta personaliti seorang lelaki itu menjadi lebih menarik.
Penjagaan rambut lelaki mungkin tidak serumit seperti wanita. Namun terdapat beberapa tabiat yang sering lelaki lakukan boleh menyebabkan rambut gugur, rosak dan seterusnya menjadi cepat botak.
Jika anda melakukan perkara seperti MASKULIN nyatakan di bawah, masih tidak terlambat untuk ubat tabiat tersebut!
Pakai topi ketat
Tak dinafikan, topi jenis snapback, cap atau beanie membuatkan penampilan anda lebih menyerlah.
Malah topi juga merupakan penyelamat kepada anda yang mengalami masalah keguguran rambut atau kebotakan kerana ia boleh menutupi bahagian yang botak itu.
Namun tanpa anda sedar, pemakaian topi yang terlalu ketat dengan pemakaian dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan berlakunya traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala.
Tabiat ini akan menyebabkan rambut kurang bernafas sehingga rambut jadi nipis dan akhirnya botak.
Ikat rambut terlalu kuat
Memang ramai lelaki yang suka menyimpan rambut panjang. Malah man bun menjadi antara gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang.
Apa yang salahnya apabila anda mengikat rambut terlampau ketat dalam jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut.
Menurut William D. Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius. Jadi awas ye untuk anda yang berambut panjang!
Elak ikat rambut tocang
Bagi lelaki berambut panjang, ikatan gaya man braid pastinya menjadi pilihan. Apatah lagi gaya ini sudah menjadi trend di antara selebriti lelaki.
Gaya french braid, cornrow, side plaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy.
Namun gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala.
Sama seperti man bun, gaya ini juga boleh memberi tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.
Kurangkan produk dengan bahan kimia
Seperti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan styling product secara berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kebotakan.
Sisa bahan kimia akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala.
Sehingga akibatnya, kulit kepala menjadi tidak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik.
Jadi berhati-hatilah menggunakan produk sebegini. Jangan kerana ingin mengikut trend, anda sanggup mengabaikan kesihatan rambut.
Oleh itu, tidak salah untuk anda bergaya tetapi pastikan anda tahu cara penggayaan yang betul.
Longgarkan sedikit ikatan rambut dan pemakaian topi. Sesekali biarkan rambut anda lepas bebas serta kurangkan kekerapan menggunakan produk hair styling.
*Artikel asal di Maskulin
Maskulin
Fri Sep 10 2021
Penjagaan rambut lelaki mungkin tidak serumit seperti wanita, namun ada beberapa tabiat sering lelaki lakukan yang boleh menyebabkan rambut gugur, rosak dan seterusnya menjadi cepat botak. -Gambar hiasan
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Anda mengalami masalah rambut gugur? Ikuti tip mudah ini
Hanya dengan menggunakan bahan hidangan mampu membuatkan rambut kekal cantik tanpa memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Rambut selalu gugur? Ini tabiat harian lelaki punca rambut cepat botak
Penjagaan rambut lelaki mungkin tidak serumit seperti wanita, namun ada beberapa tabiat sering lelaki lakukan yang boleh menyebabkan rambut gugur, rosak dan seterusnya menjadi cepat botak.
Rambut mahkota wanita, atasi masalah kulit kepala agar kekal bersih dan sihat
Helaian demi helaian memberi refleksi kemilau yang memukau seterusnya memudahkan penggayaan rambut yang diinginkan.