SEKIRANYA anda ingin merasai pengalaman sebenar berada di ladang, D’Bilut Agro Farm di Lurah Bilut, Bentong merupakan destinasi wajib yang patut anda masukkan dalam senarai itinerari bagi aktiviti santai bersama keluarga.
Hanya kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, lokasi yang menawarkan pemandangan hijau, udara segar serta persekitaran mesra keluarga ini sudah pastinya menjanjikan destinasi percutian terbaik.
Bukan hanya menyajikan pemandangan indah, segalanya ada di D’Bilut Agro Farm untuk diterokai oleh para pengunjung.
Pengalaman kehidupan sebenar di ladang
Berkeluasan 7.5 ekar, pengunjung akan dapat merasai kehidupan sebenar di ladang dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.
Terdapat pelbagai tarikan seperti ladang ternakan rusa, ladang madu kelulut serta zoo yang menempatkan haiwan-haiwan seperti arnab, burung, kucing dan rakun selain aktiviti memanah yang tidak harus anda lepaskan.
Selain berpeluang memberikan makanan, anda juga boleh ‘berinteraksi’ secara langsung bersama haiwan-haiwan comel ini di D’Bilut Agro Farm. Sudah pasti ia menjadi tempat terbaik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga khususnya dengan anak-anak.
Malahan, sewaktu musim buah, para pengunjung boleh memetik serta menikmati secara terus buah-buahan segar daripada pokok yang terdapat di D'Bilut Agro Farm seperti durian, rambutan dan manggis pada harga istimewa.
Penggemar durian, tempat ini untuk anda!
Di sini, terdapat juga pelbagai jenis durian seperti durian kampung, Musang King dan D24. Yang pasti, tiada pilihan yang terbaik selain daripada menikmati durian-durian ini ketika musimnya iaitu antara Jun hingga Ogos.
Pengasas dan Penasihat D'Bilut Agro Farm, Datuk Nik Mohd Kamel Nik Hassan berkata, beliau telah memulakan perniagaan sejak empat tahun lalu dengan perancangan pembangunan ladang tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat.
“Kini, D'Bilut Agro Farm sesuai untuk dijadikan lokasi bagi pelbagai penganjuran acara seperti majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, aktiviti pengukuhan kerja berpasukan (team building), meredah jeram, mendaki serta berkhemah.
“Sekiranya anda seorang pencinta alam semula jadi, anda boleh mendaki Bukit Botak yang terletak di belakang ladang kami. Bagi para penggemar aktiviti lasak, mereka juga boleh menyewa ATV 500cc di Bukit Botak untuk kepuasan pemanduan yang mencabar,” katanya.
Selain itu, D'Bilut Agro Farm turut menyediakan fasiliti penginapan iaitu sembilan unit dormitori dengan setiap satunya boleh memuatkan sehingga sembilan orang dalam satu-satu masa.
Namun, sekiranya anda ingin merasai pengalaman lebih santai sambil menikmati alam semula jadi, anda boleh memilih untuk berkhemah di kawasan perkhemahan yang disediakan.
Rendang rusa istimewa hanya di D'Bilut Agro Farm
Pengalaman di ladang sudah pastinya tidak akan lengkap tanpa merasai menu istimewa rendang rusa yang disajikan di sini.
Keenakan rendang rusa ini turut dihidangkan bersama kambing goreng (ya, kambing goreng!) dan nasi goreng dalam pinggan besar yang boleh dikongsi sehingga empat orang.
Hidangan ekslusif ini pastinya membangkitkan cita rasa unik yang akan kekal dalam ingatan para pengunjung sebagai pengalaman terbaik sepanjang berada di D'Bilut Agro Farm.
Jadi, tunggu apa lagi, jom bawa keluarga anda untuk sama-sama merasai pengalaman kehidupan di ladang yang menyeronokkan, hanya di D'Bilut Agro Farm.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web D'Bilut Agro Farm di sini.
*D'Bilut Agro Farm
Alamat: Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Malaysia.
Facebook: D'BilutAgroFarm
Waktu Operasi:
Isnin, Rabu dan Khamis (10.00 pagi hingga 6.00 petang), Jumaat, Sabtu dan Ahad (9.00 pagi hingga 5.00 petang), ditutup pada Selasa.
*Artikel ini dibawakan khas oleh Tourism Malaysia
Haikal Raman
Wed Feb 09 2022
Selain penginapan yang selesa, D'Bilut Agro Farm juga mengajak tetamunya merasai keindahan suasana alam semula jadi dan pengalaman gaya hidup ladang. - Instagram @dbilutagrofarm
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Rasai pengalaman, suasana ladang sebenar di D'Bilut Agro Farm!
Sekiranya ingin merasai pengalaman sebenar berada di ladang, DBilut Agro Farm di Lurah Bilut, Bentong merupakan destinasi yang wajib dikunjungi.
Menghayati keajaiban Pulau Langkawi
Memiliki formasi batu tertua di Asia Tenggara serta tiga taman georimba, Pulau Langkawi merupakan destinasi impian bagi mereka yang ingin menyelami keindahan alam semula jadi.
Percutian terbaik, segalanya ada di Melaka!
Dalam artikel Staycation the Urban Escapade dibawakan khas oleh Tourism Malaysia pada kali ini, kami akan memfokuskan pelbagai lokasi wajib dilawati sekiranya anda melancong ke Melaka.