KUALA LUMPUR: Perbuatan merokok atau 'vaping' turut berpotensi kepada masalah mati pucuk, tegas Dr Ahmad Samhan Awang.
Doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness itu berkata, ini adalah kerana rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau 'Atherosclerosis.'
"Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.
"Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.
"Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau 'vaping' terdedah kepada risiko mati pucuk," kata Dr Ahmad Samhan dalam wawancara bersama program AWANI Pagi pada Rabu.
Menurut beliau, antara penyelidikan yang pernah dijalankan bagi mengkaji keabsahan perkara tersebut ialah kajian terbitan 'American Journal of Preventive Medicine'.
Ia dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York yang mendapati bahawa tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.
Kajian itu turut mendedahkan, lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.
Farhan Hakimi
Wed Jun 12 2024

Rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau 'Atherosclerosis.' - Gambar hiasan

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Mikroplastik ditemui dalam tisu zakar, mungkin penyebab mati pucuk
MIKROPLASTIK ditemukan pada tisu zakar manusia yang penyelidik kini percaya ia mungkin menyebabkan masalah mati pucuk.

Rokok, vape berpotensi penyebab mati pucuk
Rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau 'Atherosclerosis.'

Pornografi boleh menyebabkan masalah mati pucuk - Pakar kesihatan lelaki
Para lelaki disaran agar tidak segan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau mana-mana hospital.

Kapsul Nan Bao dikesan mengandungi racun berjadual - KKM
Bahagian Regulatori Farmasi Negara KKM menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional berikut yang telah dikesan mengandungi racun berjadual sildenafil.

Tiga juta rakyat Malaysia mati pucuk - Pakar
Angka itu berkemungkinan lebih tinggi memandangkan ramai daripada mereka yang mengalami masalah itu enggan mengakuinya atau tidak cuba mendapatkan rawatan kesihatan sewajarnya.

Guru dibebas, dilepaskan daripada tuduhan rogol kanak-kanak perempuan
Mahkamah mengambil kira keterangan seorang saksi pakar andrologi yang menyatakan tertuduh mengalami masalah mati pucuk ketika kejadian rogol itu didakwa berlaku.