PERTAMA kali mengenali wanita cantik ini adalah ketika sesi fotografi kira-kira lapan tahun lalu.
Disifatkan seorang yang mudah mesra dan manja, Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri cukup bertuah kerana selain dikurniakan rupa paras cantik, beliau juga mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengan pesona dirinya.
Meniti usia 34 tahun pada 6 April lalu, ibu kepada Jeannelle Nika Mandagie ini mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi.
Apa sahaja busana yang digayakan pasti tampak memukau dan terletak cantik. Apatah lagi, Datin Nina merupakan isteri pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie.
Pasti jelitawan ini dapat bereksperimentasi dengan fesyen dan memberi idea menarik untuk rekaan suami tercinta.
Malah, Datuk Jovian Mandagie sendiri mereka busana perkahwinan buat isteri tercinta hasil gabungan idea dan kehendak mereka berdua. Sangat sentimental!
Mengimbas kembali detik diijab kabul, Datin Nina sah bergelar isteri kepada Datuk Jovian dengan hanya sekali lafaz pada 11 Disember 2013.
Apa yang lebih mengujakan ialah mereka mengadakan majlis pernikahan di Balairong Seri Istana Negara Lama dan menjadi pasangan pengantin pertama yang melangsungkan perkahwinan di sana sebelum ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
Sepanjang mengenali Datin Nina, beliau sememangnya seorang yang menyenangkan. Walau berstatus anak kepada menteri kira-kira lapan tahun lepas namun beliau cukup merendah diri dan bijak menyusun kata.
Hari ini, berita mengenai bapa tersayang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikhabarkan menjadi Perdana Menteri Ke-9 menjadi bualan hangat dan bertebaran di internet.
Datuk Seri Ismail yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu telah meletak jawatan pada 16 Ogos selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8.
Teka-teki tentang siapa Perdana Menteri seterusnya terjawab apabila nama Ahli Parlimen Bera tersebut mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pastinya perkhabaran ini menjadi berita gembira buat Datin Nina yang menyaksikan sendiri betapa bapa tersayang komited dengan amanah yang diberikan kepadanya.
Berkongsi momen bersama bapa ketika sambutan ulang tahun kelahiran Datuk Seri Ismail Sabri yang ke-61 pada 18 Januari lalu, Datin Nina mendedahkan:
“Happiest birthday to my Pa! Growing up, my fondest memories of you will always be the times when I can spot and see your face in a crowd whenever there is a school event.
"Whether it’s a concert, a sports day, a coloring contest, just name it, despite your hectic schedule, you would always show up at the perfect time to be our biggest and loudest cheerleader.
"You will never compromise anything even if it means you need to leave Bera / Temerloh at the wee hours of the morning on a Saturday so that you can be there for all of us before turning back to your constituency on the same day.
"I will always treasure the times when you will always be so hands on with us, each time we used to get our asthma attacks. At night, you would always wake up every 2 hours just to check on us.
"You would leave for work early in the morning and come back home for lunch just to make sure we eat and made sure we took our medicines.
"You could have asked Mama or the helpers to do it, but instead you choose to handle it on your own.
"These gestures will forever be the little gestures that I will keep dearly in my heart and I hope I can at least be half the person you are with my children too.
"Thank you for all that you have done and for everything else in between. You are truly the best. Love you Pa.”
Sementara itu, beliau turut memuat naik gambar bersama bapa tersayang sekitar tahun 2014 sempena Hari Bapa Jun lalu.
“This picture was taken in 2014. When your hair was still black. Happy Father’s Day to the best Papa and Atok in the whole wide world.
"My only wish is for you to get your much needed sleep and rest soon. Love you,” luah Datin Nina.
Ketika temu bual bersama Nona dalam "Edisi Khas Nona 3 Dekad", Datin Nina mengakui kagum dengan keperibadian kedua-dua ibu bapa.
“Saya begitu kagum dengan semangat papa terutama dalam urusan perniagaan. Beliau bijak menguruskan perniagaan dan komited dengan pekerjaan yang dilakukan.
"Sementara sikap rendah diri dan penyayang mama dalam mendidik kami adik-beradik dan menjaga keluarga menjadi contoh terbaik yang wajar diteladani.”
Tatkala ditanya impian beliau sekitar lapan tahun lepas, Datin Nina berkata beliau berhasrat untuk mengusahakan salun kecantikan rambut yang dikhaskan untuk golongan wanita berhijab.
Tidak hanya pekerja salun bahkan pelanggan juga terdiri daripada kaum wanita sahaja di samping menggunakan hanya produk organik yang mendapat pengiktirafan sijil halal.
Kini, kakak kepada penyanyi Dafi ini membuktikan impiannya bukan sekadar angan-angan kosong. Berkat kerja keras dan sokongan padu keluarga, Datin Nina berjaya mengusahakan salun yang diimpikan iaitu Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor.
Selain menguruskan Capello by Nina, isteri Datuk Jovian ini juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak Peterana Kindergarten.
Walau sibuk dengan perniagaan namun ibu seorang anak tersebut tetap aktif menjalani gaya hidup sihat dan gemar melakukan aktiviti berbasikal bersama suami tercinta.
Kredit foto: Instagram Datin Nina Ismail Sabri
*Artikel asal di Nona
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Nona
Sat Aug 21 2021
NINA SABRINA: Saya begitu kagum dengan semangat papa terutama dalam urusan perniagaan. Beliau bijak menguruskan perniagaan dan komited dengan pekerjaan yang dilakukan. -Gambar Instagram Datin Nina Ismail Sabri
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Raut wajah lembut dan 'low profile', Datin Seri Muhaini isteri tercinta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.
Sanggup berjaga malam bila anak sakit, Datin Nina kenang jasa bapa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Saya begitu kagum dengan semangat papa terutama dalam urusan perniagaan. Beliau bijak menguruskan perniagaan dan komited dengan pekerjaan yang dilakukan, kata Nina.
"Saya sangat rindukan Jeanelle" - Ismail Sabri
Jeanelle Nika Mandagie yang lahir pada 1 Nov lalu merupakan cahaya mata sulung anak perempuan Ismail Sabri, Datin Nina Sabrina dengan pasangannya Datuk Jovian Mandagie.