TIDAK dinafikan sejak bulan lalu cuaca di negara kita rata-ratanya cukup panas. Malah bahangnya turut dirasakan pada waktu malam. Melihatkan keadaan ini tidak hairanlah mengapa setiap rumah yang ada aircond atau penghawa dingin menggunakannya dengan kerap sekali.
Namun apabila aircond yang dipasang hatta ke suhu 16 darjah Celcius pun tidak rasa sejuk, itu boleh mengundang rasa amarah di dalam dada. Sebelum anda naik angin dan menyalahkan pengeluar aircond, cuba periksa dahulu beberapa punca mengapa ia tidak sejuk.
Sebab yang paling biasa kita dengar ialah air filter atau penapis udara tidak berfungsi dengan baik akibat tersumbat. Tapi jika air filter pun dalam keadaan baik, apa masalah lain?
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa punca yang menyebabkan aircond di kediaman anda tidak sejuk.
KOMPRESSOR KOTOR ATAU TERSUMBAT
Bagi memastikan aircond sentiasa berfungsi dengan baik dan sejuk kompressor juga harus dijaga. Ia sepatutnya sentiasa dalam keadaan bersih. Pastikan ia bebas dari sebarang halangan seperti rumput dan pokok. Ini supaya ia dapat menyejukkan penyejuk seterusnya menghasilkan udara dingin dalam rumah anda.
SETTING KURANG TEPAT
Menggunakan setting yang tepat bergantung kepada beberapa faktor. Salah satunya keluasan ruang dan juga kemampuan aircond. Jika bilik tidak terlalu luas cukup sekiranya anda menggunakan ‘dry mode’. Atau boleh gunakan mode biasa dengan suhu rendah kemudian tetapkan pada suhu di antara 23 ke 25 darjah Celcius.
KURANG GAS
Di antara kemungkinan mengapa aircond tak sejuk ialah disebabkan kurang gas. Tahap penyejuk yang rendah boleh disebabkan oleh kebocoran. Andai kata perkara ini berlaku cepat-cepatlah hubungi juru teknik penghawa dingin yang pakar. Mereka mampu memeriksa dan membaiki anda ada kebocoran serta menambah gas aircond.
COOLING COIL BERMASALAH
Cooling coil berfungsi untuk menyejukkan sistem aircond anda. Jadi bila ia bermasalah atau rosak aircond akan jadi kurang sejuk. Malah ia akan bekerja lebih keras untuk cuba menyejukkan ruang. Baiki cooling coil yang rosak pasti aircond kembali sejuk seperti sediakala.
SALURAN PAIP BUANG AIR TERSUMBAT
Sepanjang aircond dipasang kita seperti sedia maklum ia akan mengeluarkan sisa air. Biasanya ia akan dibuang menerusi saluran paip yang dipasang. Namun jika ia tersumbat itu juga boleh jadi punca menjejaskan fungsi aircond.
KIPAS TAK BERFUNGSI
Salah satu punca lain ialah kias pada unit dalaman tidak berfungsi dengan baik. Anda boleh periksa bahagian dalam untuk melihat jika ia berfungsi dengan baik atau hanya berdengung- anda boleh menggunakan pemutar skru panjang untuk ini. Jika kipas berfungsi dengan baik, kapasitor adalah penyebab udara panas unit anda. Jika ia tidak berfungsi, motor mungkin perlu diganti.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah! - Cool Air/MASKULIN
Maskulin
Thu Aug 04 2022
Menggunakan setting yang tepat bergantung kepada beberapa faktor. Salah satunya keluasan ruang dan juga kemampuan aircond. - Gambar hiasan/MASKULIN
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Hati-hati dengan keracunan karbon monoksida ketika musim cuti
Malaysia tidak mempunyai angka rasmi tentang kes keracunan karbon monoksida walaupun ada beberapa kes dilaporkan selama ini.
Selain 'air filter' tersumbat, ini beberapa punca mengapa aircond tak sejuk
Sebelum anda naik angin dan menyalahkan pengeluar aircond, cuba periksa dahulu beberapa punca mengapa ia tidak sejuk.
Bukan bas mini lama - Rapid KL bus
Tempoh percubaan dari 1 Sept hingga 29 Nov itu di Route T300 akan menggunakan bas mini baru bersaiz lapan meter panjang, lengkap dengan penghawa dingin.