Permintaan tinggi bagi penyedut minuman plastik di pasaran menyebabkan pihak Majlis Perbandaran Sibu (SMC) mengambil langkah segera dengan mengimplementasikan penggunaan penyedut minuman kertas sejak Januari lalu.
Jelas Pengerusi Wakil Kesihatan Awam SMC, KR Jenny Ting, setelah tujuh bulan pelaksanaannya, ternyata usaha itu memberi impak positif terhadap alam sekitar.
“Kami akan bertegas dan terus memantau penggunaan straw plastik. Ini juga bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan memastikan tahap kebersihan awam berada pada tahap terbaik,” katanya.
Dalam pada itu juga, pihaknya akan terus menyarankan masyarakat di bandar itu untuk membawa penyedut minuman sendiri bagi mengurangkan penggunaan bahan plastik tersebut.
Ujarnya lagi, tindakan yang diambil oleh pihak SMC amat wajar kerana ia turut mengambil kira bahan plastik yang amat sukar untuk dilupuskan.
Selaras dengan kawalan yang sedang dijalankan itu , katanya, larangan penggunaan itu telah dimasukkan ke dalam syarat perlesenan selari dengan peruntukan Seksyen 14S (1) 1996 terutamanya bagi setiap pengusaha kedai makan di bandar itu.
Sementara itu, bagi Penolong Penguatkuasa Persekitaran SMC, Hamzah Matsukar Abdul Ghani, pemeriksaan dari masa ke semasa sentiasa dijalankan bagi memantau trend penggunaan straw kertas di bandar tersebut.
“Sepanjang pemeriksaan yang dijalankan di kedai-kedai makan, saya mendapati terdapat banyak straw kertas yang dibuang ke dalam tong sampah.
“Ini jelas menunjukkan pemilik kedai sedar dengan larangan penggunaan straw plastik,” beritahunya.
Tambah Hamzah, penggunaan straw kertas memberi manfaat besar di mana ia boleh dikitar semula.
Astro Awani
Mon Jun 29 2020
![Sibu tekad jadi bandar 100 peratus bebas penggunaan straw plastik Sibu tekad jadi bandar 100 peratus bebas penggunaan straw plastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71593419381_strawsibu.jpg)
Besar manfaat sekiranya Sibu berjaya mengimplementasikan inisiatif tanpa straw plastik ini secara 100 peratus di bandar itu. Antaranya, dapat mengurangkan pencemaran serta kadar bahan lupus. -Gambar Astro AWANI
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735533201_TBGENZGOOGLE.jpg)
Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733012115_Nambikkaimedia.jpg)
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
![Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732376842_TBMEBAjpg.jpg)
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
!['Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir 'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731825805_MNasir.jpg)
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
![ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729961409_TBANUGERAHSERIANGKAS.jpg)
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
![All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup' All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729083115_TBROSSA.jpg)
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
![Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728904520_TBRandy.jpg)
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
![Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726673589_AzamBaki.jpg)
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.