LABUAN: Labuan bukan sahaja terkemuka sebagai pusat perniagaan dan kewangan malah turut terkenal dengan juadah enak iaitu 'sup ikan' yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong,
Hidangan yang sederhana itu tetap mempunyai keenakan tersendiri dan menambat hati serta menjadi penambah selera kepada mereka yang menikmatinya.
Kuahnya yang beraroma yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar turut menjadi bukti kekayaan warisan maritim di pulau itu.
Menggunakan ikan segar yang ditangkap di perairan sekitar dan ditambah dengan herba serta rempah ratus tempatan memberikan hidangan itu rasa yang sungguh unik.
Bagi penduduk tempatan sup ikan bukan sekadar hidangan malah menjadi simbol tradisi.
Bagi penjawat awam Sharoil Yussof, 42, juadah itu sering mengingatkan kenangan indah ketika berkumpul bersama keluarga dan menyertai acara kemasyarakatan apabila hidangan itu sering menjadi sajian utama.
"Ia hidangan yang menyatukan orang ramai...kami nikmatinya ketika di majlis perayaan dan setiap keluarga tahu untuk menyediakannya," katanya ketika ditemui di sebuah restoran sup ikan di sini hari ini.
Sup ikan menjadi makanan yang mesti dicuba pelancong dan sering disyorkan oleh penduduk tempatan dan dipaparkan dalam pelbagai platform media.
Pelancong dari Australia Charlotte berkata: "Saya telah membaca tentang sup ikan sebelum datang ke sini tetapi peluang merasainya suatu yang menakjubkan. Kesegaran ikan dan adunan rempah ratus sungguh luar biasa...," katanya.
Kedai makan dan restoran tempatan selalunya mempunyai keunikan tersendiri dengan menambah sentuhan peribadi terhadap sup itu sambil mengekalkan keasliannya.
Antara restoran sup ikan yang popular ialah Fishermen Harbour yang menawarkan sekurang-kurangnya enam jenis sup ikan dalam menu sarapan termasuk Sup Tomato, Sup Sayur Masin, Sup Peria, Sup Tom Yum, Sup Kari dan Sup Nyonya.
Populariti sup ikan Labuan turut memberi impak positif kepada ekonomi tempatan.
Permintaan ikan segar dan bahan-bahan lain membantu nelayan dan pasar tempatan, manakala kemasukan pelancong meningkatkan sektor hospitaliti pulau itu.
Kelas memasak dan lawatan ke pusat makanan menjadi aktiviti popular, menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mempelajari tentang sejarah hidangan dan kaedah penyediaan sup ikan.
Sama ada sup ikan dinikmati di pasar yang sibuk, restoran tepi laut atau di dapur rumah sajian itu menyuntik banyak kemeriahan di pulau berkenaan.
-- BERNAMA / Jailani Hasan
Bernama
Thu Jul 11 2024
Hidangan itu mempunyai keenakan tersendiri dan menambat hati serta menjadi penambah selera kepada mereka yang menikmatinya. - Bernama
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Sup ikan Labuan jadi pilihan penduduk tempatan, pelancong
Hidangan itu mempunyai keenakan tersendiri dan menambat hati serta menjadi penambah selera kepada mereka yang menikmatinya.