WALAUPUN menggunakan kereta dengan gear automatik namun penggunaan kereta dengan klac manual masih lagi popular terutamanya dalam kalangan lelaki.
Buat peminat modifikasi kereta terutamanya mereka lebih cenderung memilih kereta menggunakan gear dengan klac.
Mungkin untuk ‘feel’ yang lebih hebat ketika memandu serta keupayaan mengawal sendiri pertukaran gear.
Bak kata peminatnya, memandu kereta manual ini lebih berseni dan menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.
Malah jika pandai memandu dan menggunakan gear manual dengan baik, penggunaan minyak juga lebih efisien.
Akan tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda elak jika memiliki dan memandu kereta manual.
Apakah tabiat itu? Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
Elakkan melakukan tabiat sentiasa meletakkan kaki di pedal klac.
Tabiat ini boleh mengakibatkan kaki anda tekan klac pada sebahagiannya, lalu boleh menyebabkan gelinciran yang mana boleh menjejaskan tahap efisien penggunaan bahan api.
Sebaliknya letakkanlah kaki anda pada foot-rest yang biasanya ada terletak di kiri lantai kokpit pemandu kereta.
TEKAN MINYAK DENGAN KUAT KETIKA RPM RENDAH
Kita akan menekan minyak dengan kuat apabila ingin memecut atau bergerak laju.
Jadi apabila ia berlaku enjin akan memerlukan lebih petrol dan turutan gear yang sempurna.
Tabiat menekan minyak sewaktu putaran enjin rendah tidak membantu dan tidak elok untuk kereta.
Jadi turunkanlah gear dan naikkannya dengan cara baik.
LETAK TANGAN DI TOMBOL GEAR
Walaupun dalam keadaan statik dan anda meluncur bergeral lancar, elakkan meletak tangan di tombol gear. Ia bagi mengelakkan rotating collar dan gear bersentuhan antara satu sama lain.
Di mana jika diamalkan berterusan akan menyebabkan selector fork menjadi haus.
GUNA GEAR YANG BETUL
Memandu kereta manual, kita perlu bijak menggunakan gear sesuai dalam pelbagai kondisi jalan raya atau permukaan.
Sebagai contoh, jangan turunkan gear ketika anda sedang bergerak laju hinhgakan putaran enjin mencecah garisan merah.
SENTIASA NEUTRAL BILA DI LAMPU ISYARAT
Bila berhenti di lampu isyarat merah, amalkan untuk meletakkan gear dalam kondisi neutral atau ‘N’.
Tukar gear apabila lampu bertukar hijau dan pandulah seperti biasa.
Amalan ini akan kurangkan tekanan pada enjin kereta.
TUKAR GEAR TANPA TEKAN KLAC
Anda mungkin sudah tahu bahawa klac berfungsi memutuskan enjin daripada kotak gear setiap kali pedal ditekan.
Cakera klac berfungsi menyalurkan kuasa daripada enjin ke bahagian kotak gear.
Jadi setiap kali anda ingin menukar gear, anda mesti memutuskan hubungan antara enjin dan kotak gear supaya tukaran boleh dilakukan.
Andai kata anda cuba tukar gear tanpa klac, ia bukan akan merosakkan sistem transmisi saja malah enjin kereta anda.
*Artikel asal di Maskulin
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Sun Oct 24 2021
Ada beberapa perkara yang perlu anda elak jika memiliki dan memandu kereta manual. -Gambar Flickr.com
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
#AWANIRingkas 28 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Januari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
Tabiat perlu dielak ketika memandu kereta manual
Bak kata peminatnya, memandu kereta manual ini lebih berseni dan menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.