RUMAH bukan sahaja tempat untuk kita berlindung, berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Persekitaran rumah juga boleh beri impak mood seseorang tau! Bukan sahaja persekitaran yang kemas, tapi bau yang menyenangkan.
Tak selesa jadinya bila tempat tinggal kita ada bau yang tak berapa nak enak dibau kan? Jangan risau! Tak perlu keluarkan duit mahal-mahal untuk beri kesegaran pada rumah. Cukup hanya guna bahan di dapur sahaja mampu untuk menyelesaikan masalah bau tu!.Jom cuba!
1.Kulit limau dan kulit kayu manis
Pertama sekali sediakan kulit limau dan kulit kayu manis. Kemudian didihkan air bersama kulit limau itu.
Setelah didih, masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Biarkan ianya masak sehingga naik bau yang beraroma.
Setelah itu, biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam botol spray. Siap! Sekarang anda boleh gunakan untuk mengharumkan ruang dapur dan rumah anda.
2.Limau kasturi
Siapa sahaja yang tidak suka bau limau kasturi yang menyegarkan? Anda hanya perlu hiris limau kasturi dan letakkannya ke dalam bekas berisi air.
Jika ingin ia kelihatan cantik, boleh letakkan ia ke dalam bekas kaca dan jadikan dekorasi ruang tamu anda. Mudahkan? Ruang rumah cantik di samping menghasilkan bau yang menyegarkan!
3.Arang
Walaupun bentuk dan warna arang ini tidak cantik tetapi ia mampu menghilangkan bau busuk dalam rumah anda. Hanya ambil beberapa ketul arang dan letakkannya di sudut ruang rumah. Ia akan menyedut segala bau busuk di ruang itu.
Kalau nak nampak cantik, anda juga boleh meletakkan arang itu di dalam sebuah bekas kecil dan letak di atas sudut meja sebagai hiasan.
4.Soda bikarbonat
Cara penyediaan soda bikarbonat ini sama seperti arang tadi. Hanya perlu letakkan soda bikarbonat dalam bekas kecil dan letakkannya di sudut rumah. Ia turut mampu menyerap bau yang tidak menyelerakan.
5.Daun pandan
Jika anda seorang yang sukakan bau ala-ala haruman bunga, anda boleh gunakan daun pandan. Caranya simpulkan daun pandan dan letakkannya di dalam bekas.
Jika anda ingin bau daun pandan ini lebih semerbak, anda boleh hiriskannya dan letak di dalam bekas yang terbuka. Pasti harum ruang rumah anda.
Inilah antara bahan-bahan yang boleh disediakan untuk memberi haruman dalam ruang rumah anda. Mudah sahaja untuk menyediakannya. Selamat mencuba!
Sumber : Suhaila Ali via Sinarplus
Artikel asal di Keluarga
* Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Keluarga
Sat May 14 2022
Persekitaran rumah juga boleh beri impak kepada 'mood' seseorang. Bukan sahaja persekitaran yang kemas, tapi bau yang menyenangkan. -Gambar hiasan
[TERKINI] SPRM sahkan tiga selebriti dipanggil minggu ini
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan memanggil tiga selebriti termasuk penyanyi terkenal pada minggu ini bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Tentera Israel bom bangunan di kem pelarian Tebing Barat
Kepulan asap menyelubungi bandar Palestin di mana tentera Israel menjalankan operasi ketenteraan besar-besaran selama hampir dua minggu, atas alasan menyasarkan pejuang Palestin dan bertujuan merampas simpanan senjata mereka.
Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
Wakil Rakyat perlu rajin teliti usul sebelum dibawa ke Parlimen
Wakil-wakil disaran lebih rajin dan proaktof dalam meneliti isu-isu serta usul yang akan dibawa ke Parlimen.
Lebih 800 kes kesihatan di PPS Sabah dan Sarawak
Kementerian Kesihatan mengesan lebih 800 kes kesihatan melalui pemeriksaan yang dijalankan terhadap 9,379 mangsa di PPS di Sabah dan Sarawak.
[Data & Statistik] Pencerobohan Kapal Nelayan Asing 2020 - 2023
Malaysia mengalami kerugian berjumlah rm823 juta akibat pencerobohan kapal nelayan asing, antara 2020 hingga 2023
Menurut data yang dikeliarkan Jabatan Perikanan (DOF), Agensi Penguatkuasa Maritim (Maritim Malaysia) dan Polis Marin sebanyak 428 kes direkodkan dalam tempoh itu.
2020 sebanyak 117 kes, diikuti 124 kes pada 2021, 2022 104 kes dan 2023 83 kes.
Menurut data yang dikeliarkan Jabatan Perikanan (DOF), Agensi Penguatkuasa Maritim (Maritim Malaysia) dan Polis Marin sebanyak 428 kes direkodkan dalam tempoh itu.
2020 sebanyak 117 kes, diikuti 124 kes pada 2021, 2022 104 kes dan 2023 83 kes.
'Saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih lagi isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datul Seri Najib Razak yang sah.
Agenda AWANI: Titah YDPA - Tolak Fitnah, Sepakat Untuk Rakyat
Parlimen bukan tempat untuk bertegang urat, memaki-hamun atau tabur fitnah. Sejauh mana pentingnya ahli Parlimen menjunjung kasih dan memahami sebaiknya titah YDPA, Sultan Ibrahim ini demi kepentingan negara dan rakyat? Diskusi 8.30 malam
Hannah Yeoh kemuka bantahan awal keterangan 4 saksi
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Isnin memfailkan bantahan awal untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff dalam kes saman fitnah terhadapnya.
Suami isteri ditahan dipercayai dera anak
Pasangan suami isteri ditahan selepas dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
Tak sangka bahan dari dapur boleh buat rumah berbau segar
Cukup hanya guna bahan di dapur sahaja mampu untuk menyelesaikan masalah bau tu!.Jom cuba!