KEBIASAANNYA, timun ditanam terus di atas batas. Namun dengan teknik yang betul, tanaman menjalar berbatang lembut ini tetap akan mengeluarkan hasil optimum walaupun habitatnya sebiji pasu.
Lebih menarik, pokok timun ditanam secara gantung dan bila hasilnya merimbun, lebih menyeronokkan.
Jadi, bagi anda yang tinggal di apartmen dan mempunyai kekangan ruang, tak menjadi masalah jika anda ikut teknik tanaman timun di dalam pasu gantung ini.
Penyediaan biji benih
Sebaiknya, dapatkan biji benih timun mini untuk memudahkan anda mengawal tumbesaran pokok di dalam pasu.
Kalau tak ada pun tak jadi masalah. Guna sahaja benih timun biasa.
Tapi bagi anda yang membeli biji benih, pastikan tarikh luput pada pembungkus. Jangan beli yang dah sambang pula. Tunggu bertahun pun tak bercambah benih timunnya.
Sebaiknya, benih timun disemai di dalam bekas khas semaian terlebih dahulu. Bila dah keluar daun matang (empat hingga lima helai daun) barulah anak pokok boleh dipindahkan ke dalam pasu.
Pemilihan pasu
Pasu yang sesuai menanam pokok timun ialah bersaiz 12 hingga 18 inci ke atas. Namun ia bergantung kepada jenis atau spesies.
Kalau anda tanam timun mini tak perlulah saiz pasu yang besar. Tapi lagi besar lagi bagus untuk akar pokok timun bebas bergerak di dalam media dan ini seterusnya akan memberikan keselesaan pokok membesar dengan jayanya.
Untuk pastikan tanaman sihat dan membesar secara optimum, waktu siraman yang tepat juga memainkan peranan yang penting.
Namun, jika anda yang mempunyai kekangan masa. sistem siraman automatik adalah yang terbaik.
Mengikut pandangan pakar pertanian dalam dan luar negara, bekas tanaman yang diperbuat dari tanah liat lebih baik kerana ia bersifat sejuk dan terdapat rongga-rongga atau liang-liang pada pasu yang elok untuk pengudaraan di dalamnya.
Secara tidak langsung ia memberi nilai tambah kepada akar.
Walau bagaimanapun, jika konsep asal tanaman timun ini adalah untuk digantung, pasu plastik amat bersesuaian kerana khuatir pasu tanah liat nanti terlebih beban.
Jadi jangan bimbang akan hal tersebut, yang penting anda buat pengemburan tanah tiga minggu sekali.
Campuran media tanaman (tanah)
Akar pokok timun tak kira apa pun jenisnya memerlukan pH yang neutral.
Di samping itu juga, untuk memastikan tumbesaran dan hasilnya yang optimum, pastikan medium sentiasa dalam keadaan gembur dan bersaliran baik.
Lebih baik anda gunakan medium siap campur yang terdapat di pasaran. dah tak perlu pening-pening.
Lengkap dengan keperluan seimbang yang diperlukan tanaman serta diperkaya bahan organik. Yang paling penting, terhindar daripada sebarang penyakit yang berpunca daripada medium atau tanah.
Siraman
Timun memerlukan air yang banyak sebagai jaminan kepada kesihatan tanaman dan buah yang berkualiti.
Oleh itu, sebaiknya siraman dilakukan dua kali sehari. Dan menjadi keutamaan, siraman menyeluruh dilakukan di awal pagi.
Siraman perlu dilakukan terus pada medium tanaman. Jangan pula siram pada bunga. Nanti buahnya tidak menjadi. Pastikan air di siram keluar pada lubang saliran di dasar pasu.
Sungkupan
Pokok timun merupakan tanaman berbatang lembut. Oleh itu, pastikan medium sentiasa dalam keadaan lembap.
Lembap tau, bukan bertakung air. Bagi mengekalkan kelembapan, perlulah guna sungkupan seperti sabut kelapa.
Pendebungaan
Seperti tembikai, labu dan pelbagai lagi, jika tiada rama-rama, lebah atau serangga melakukan pendebungaan, teknik terbaik untuk mendapatkan hasil adalah melakukan pendebungaan sendiri.
Gunakan berus warna air yang halus dan calitkan debu bunga jantan pada bunga betina.
Bunga betina kelihatan putik timun di bawahnya. Manakala jantan tidak.
Pendebungaan perlu dilakukan di awal pagi kerana bunga timun akan mula layu menjelang tengah hari.
Pembajaan
Pembajaan perlu dilakukan setiap dua minggu.
Untuk bulan pertama pertumbuhan, pokok timun memerlukan kalsium yang lebih. Oleh itu, jika anda merancang menanam secara organik, boleh gunakan kulit telur yang telah dihancurkan sebagai baja.
Untuk menggalak penghasilan buah, gunakan baja bunga dan baja buah jenis butiran atau slow release pada tanah.
Namun apabila timun mula berbuah, pembajaan perlu dihentikan. Khuatir buah akan gugur lebih awal akibat panas dari baja.
Artikel asal di portal Impiana.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Impiana
Sun Jul 25 2021
Lebih menarik, pokok timun ditanam secara gantung dan bila hasilnya merimbuan, lebih menyeronokkan. -Foto Impiana
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Teknik tanam timun dalam pasu gantung, lebih mudah untuk dituai
Bagi anda yang tinggal di apartmen dan mempunyai kekangan ruang, tak menjadi masalah jika anda ikut teknik tanaman timun di dalam pasu gantung ini.