SHAH ALAM: Elemen aksara zaman Mesir Purba iaitu, Hieroglif dan warna foto negatif (negative film) yang digabungkan dalam lukisan 'Imaginasi Pintar + Komunikasi' adalah antara karya seni menarik yang ditonjolkan pada Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2022 (PTGSA22) di Galeri Shah Alam, di sini.
Pelukisnya, Salyuddin Yusof, 47, berkata karyanya itu menterjemahkan aktiviti penggunaan telefon pintar menggunakan konsep Hieroglif iaitu medium komunikasi zaman Mesir Purba berbentuk simbol dan abjad dengan maksud tertentu.
Lebih menarik, beliau berkata lukisan yang mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan itu turut menggunakan warna foto negatif dan pengunjung yang ingin melihat kombinasi warna sebenar perlu mengimbas lukisan tersebut menggunakan aplikasi kamera khas di telefon pintar.
Keunikan karya tersebut membuatkan pelukis dari Kuala Terengganu, Terengganu itu terpilih sebagai antara lima penerima Anugerah Insentif pada pameran kali ini.
"Saya anggap idea ini (konsep Hieroglif) unik kerana jika kita sampai mesej secara langsung, ia agak bosan. Jadi, saya cuba olahkan untuk mendapat perhatian ketika proses penjurian.
"Saya ambil masa lebih sebulan untuk menyiapkan karya ini dengan menonton banyak dokumentari berkaitan sejarah Mesir Purba, selain berbekalkan pengalaman sebagai pereka grafik selama 20 tahun untuk mengolah simbol-simbol dalam karya ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Penolong Kurator Galeri Shah Alam Nur Syafiqah Zainal berkata PTGSA22 kali ini mempamerkan 134 karya seni halus meliputi lukisan dua dimensi dan arca yang disaring oleh barisan panel juri dilantik pihak Galeri Shah Alam.
Katanya sebanyak 200 karya dihantar untuk proses penjurian yang meliputi lima aspek iaitu idea, konteks, kekemasan, karya akhir dan bahan yang digunakan.
"Pada pameran sebelum ini, kami menghadapi kekangan dari segi penghantaran karya susulan pandemik COVID-19 menyebabkan kami hanya menerima 100 penyertaan sahaja.
"Namun, penghantaran karya untuk pameran kali ini meningkat sekali ganda, malah karya yang dihantar juga berkualiti menyebabkan juri mengalami kesukaran untuk memilih hasil seni terbaik," katanya.
PTGSA22 yang dirasmikan oleh Dekan Fakulti Seni Halus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Suzlee Ibrahim hari ini, dibuka kepada orang ramai dari 3 hingga 31 Jan ini.
Pameran tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai program menarik seperti pertandingan Live Drawing serta lakaran Galeri Shah Alam, selain program ilmiah seperti forum, seminar, bicara tokoh dan diskusi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
Karya unik Salyuddin Yusof adalah antara bahan pameran yang boleh disaksikan di Pameran Terbuka Galeri Shah Alam (PTGSA) 22 di Galeri Shah Alam. - Bernama
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.
Terjemah penggunaan telefon pintar masa kini menerusi lukisan hieroglif
Keunikan karya itu membuatkan Salyuddin Yusof terpilih sebagai antara lima penerima Anugerah Insentif pada pameran kali ini.
Galeri seni ilham Mamat Khalid bakal direalisasikan di Ipoh
Galeri seni itu bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh.
Muzium, Galeri Seni BNM tawar pengalaman maya kepada pelawat
BNM MAG telah melancarkan tiga pameran maya yang baharu, bazar seni maya dan pelbagai program serta pertandingan secara dalam talian.
Malaysia kutuk pembunuhan Duta Besar Rusia di Turki
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Duta Besar Rusia Andrey Karlov di Ankara, Turki, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Duta besar Rusia ke Turki ditembak mati
Duta Besar Rusia ke Turki, Andre Karlov ditembak mati di sebuah galeri seni di Ankara, media antarabangsa melaporkan.