SELEPAS Maghrib hari ini, masuknya tanggal 27 Rejab yang menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam kalendar Islam iaitu Israk dan Mikraj.
Di situlah berlakunya perjalanan agung Nabi Muhammad SAW menaiki buraq dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin, sebelum ‘naik’ ke Sidratunmuntaha.
Sesungguhnya, ia bukan kisah dongeng. Cerita itu benar-benar berlaku sebagaimana yang dirakamkan dalam al-Quran dan hadis.
Mengingatkan keagungan kuasa ALLAH SWT yang mengurniakan mukjizat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW, ramai yang tertanya-tanya tentang amalan berpuasa sunat pada Israk dan Mikraj.
Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pernah menjelaskan, jika tarikh peristiwa Israk dan Mikraj pun para ulama berbeza pandangan, inikan pula kewujudan puasa berkenaan.
“Ketahuilah bahawa puasa Israk dan Mikraj tiada asalnya. Begitu juga dengan amal-amal ibadah yang dikaitkan dengan peristiwa berkenaan.
“Yang sunnah kita lakukan adalah puasa sunat hari Khamis,” katanya sebagaimana dipetik di laman sosial Facebook miliknya.
Fakta itu dikuatkan lagi apabila Sinar Islam merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Menerusi artikel Al-Kafi #731: Adakah Fadilat Khusus Puasa 27 Rejab Sempena Israk Mikraj, puasa yang berkaitan dengan peristiwa berkenaan tidak tercatat sama sekali.
Pejabat mufti berkenaan hanya menyenaraikan puasa sunat Hari Arafah; Hari Asyura dan Tasu’a; Isnin dan Khamis; puasa tiga hari pada setiap bulan (pada hari ke-13, 14, dan 15 dalam bulan-bulan Islam atau hari-hari putih) serta puasa sunat enam pada bulan Syawal sahaja.
Demikian yang dikemukakan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji berkaitan puasa sunat yang terdapat dalam Islam.
“Kitab berkenaan menyebut, sebarang bentuk ‘puasa sunat’ tidak dianggap sunat melainkan terdapat nas sama ada daripada al-Quran ataupun hadis yang menggalakkan untuk berbuat demikian,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel tersebut.
Melihat kepada fakta berkenaan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan, puasa 27 Rejab tidak dianggap termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau Khamis.
“Bahkan, penentuan Israk dan Mikraj pada 27 Rejab juga menjadi khilaf dalam kalangan ulama dari segi tarikhnya,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 07 2024

Tiada puasa khusus pada Israk dan Mikraj, tetapi umat Islam boleh melakukannya jika ada puasa sunat jatuh pada hari berkenaan seperti puasa sunat Isnin dan Khamis. - Gambar hiasan/BERNAMA
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Tiada puasa sunat khusus Israk dan Mikraj, berikut perinciannya
Jika tarikh peristiwa Israk dan Mikraj itu pun para ulama berbeza pandangan, inikan pula kewujudan puasa sunat berkenaan.

Penuaan Berjaya: Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur?
Warga emas yang berjaya dari segi pemakanan disebabkan mereka kerap berpuasa termasuk amalan puasa sunat dan juga mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman.

Sultan Mizan saran umat Islam sambut Aidilfitri ikut syarak
Baginda bertitah umat Islam tidak harus bergembira sehingga melalaikan ibadat fardu, meninggalkan amalan ziarah, membuang masa, membazir, melakukan maksiat dan sebagainya.