GEORGE TOWN: Padang Kota Lama di sini bagaikan ‘pesta mi goreng sotong’ apabila Young Muslim Sports Club (YMSC) bersama Seeni Food & Beverage Sdn Bhd kini dalam percubaan mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) dengan memberikan 10,000 pek mi percuma kepada orang awam.
Presiden YMSC, Munowar Sadiq MKE Kader Sultan berkata, program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' dijalankan selama 24 jam bermula 5 petang tadi hingga 5 petang esok.
"Dalam satu jam, kita nak sasar 500 pek jadi 10 jam 5,000 pek dan dalam 20 jam sebanyak 10,000 pek sementara kita sasar untuk habis dalam masa 20 jam. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan 16,000 pek berjaya dicapai dalam satu jam sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di Padang Kota Lama di sini pada Sabtu.
Lebih menarik perhatian, tukang masak mi goreng sotong tersebut terdiri daripada tiga generasi iaitu Sheik Abidin Akm Mustaffa, 80, anaknya Seeni Mohamed Sheik Abidin, 47, dan cucu Syed Muhammad Hafiz Seeni Mohamed, 24.
Munowar Sadiq berkata, program itu merupakan idea cetusan Syed Muhamad Hafiz dan perbelanjaan keseluruhan menelan hampir RM100,000.
"Untuk 10,000 pek ini kita belanja habis RM100,000, untuk mi goreng sahaja RM50,000. Satu peket mi, RM4 hingga RM5 dan kita bagi sarbat (minuman) sekali, baki RM50,000 dibelanjakan untuk permit, khemah, peralatan, sistem bunyi dan sebagainya," katanya.
Program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' mendapat sambutan hangat pengunjung yang mengambil peluang untuk menikmati mi goreng sekali gus membantu mencipta rekod berkenaan
Usahawan, Nur Azira, 33, berkata, mi goreng sotong itu memang telah lama menjadi perhatian orang ramai.
"Mi dia memang ‘meletup’, pedas memang cukup, rasa memang sedap, jadi kami mai sini memang nak sokong (cipta rekod) Book of Record ini la," katanya.
Tahun lepas, YMSC telah mencipta rekod MBOR dengan melukis Mural Jalur Gemilang terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 541 meter di tembok Jalan Tanjong Bungah di sini. - Bernama
Bernama
Sat Jun 22 2024

Program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' dijalankan selama 24 jam bermula 5 petang Sabtu hingga 5 petang Ahad. - Gambar Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Tiga generasi masak 10,000 pek mi goreng sotong percuma 24 jam
Program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' dijalankan selama 24 jam bermula 5 petang Sabtu hingga 5 petang Ahad (hari ini).