BERJALAN 10,000 langkah sehari adalah tip yang diberikan pakar untuk memastikan kesihatan berada di tahap yang baik.
Tetapi dalam keadaan pandemik yang mengurangkan pergerakan dan memaksa kita semua berada di rumah, bagaimana mahu mendapatkan langkah sebanyak itu dalam sehari?
Seorang pegawai perubatan di WatchPilot, Tim Harrison, menerusi portal Metro UK berkongsi cara untuk sekurang-kurangnya mendapatkan sedikit senaman walaupun terkurung di rumah.
Tangga
Rata-rata kita mempunyai tangga di rumah, sama ada yang duduk di rumah teres atau rumah bertingkat seperti kondominium.
Jika tangga di rumah anda mempunyai 12 anak tangga, anda memerlukan tidak sampai 15 minit untuk mendapatkan 1,000 langkah, bergantung kepada kelajuan. Jika mahu bakar lebih kalori, anda boleh cuba berlari. Tetapi hati-hati ya, takut tersadung pula nanti.
Ruang tamu
Bagi yang mempunyai ruang tamu yang agak besar, anda boleh berjalan di sekeliling ruang tamu sambil menonton televisyen, atau tonton rancangan kegemaran menerusi aplikasi dalam talian. Lakukan ini sebelum memulakan kerja, anda akan ada tenaga yang lebih untuk meneruskan tugas harian.
Sebelum makan
Berada di rumah, memang asyik fikir nak makan. Gunakan ini sebagai satu kelebihan. Setiap kali rasa nak makan, berjalan di sekeliling rumah selama 15 minit, anda sekurang-kurangnya boleh menghabiskan 500 langkah dalam satu sesi.
Antara waktu kerja
Kalau duduk sahaja di kerusi, tentu membosankan. Apa kata ambil masa tiga minit dalam setiap waktu kerja, anda boleh lakukan kira-kira 250 langkah untuk setiap sesi. Selain bagus untuk jantung, ini juga membantu anda merehatkan mata.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sun Jan 24 2021
Bagaimana nak dapatkan 10,000 langkah kalau asyik duduk di rumah?
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Hidup sihat: Kenapa perlu lari sepantas Azeem? Ukur baju di badan sendiri – Pakar
Tidak perlu letakkan sasaran mencapai keupayaan fizikal seperti atlet profesional.
Gaya hidup sihat? Jangan terperangkap dalam mentaliti senaman hebat atau diet sempurna - Kevin Zahri
Ramai terperangkap dalam mentaliti mengejar senaman dan diet sempurna untuk mencapai gaya hidup sihat.
Video senaman berasaskan web memotivasi pesakit diabetis Jenis 2 - Penyelidikan
Kuan menjelaskan, video Brain Breaks direka untuk merangsang minat belajar sambil mempromosikan kesihatan.
4,000 langkah sehari kurangkan risiko kematian awal
Lebih daripada 2,300 langkah pula sudah mencukupi untuk memberi manfaat kepada jantung dan saluran darah.
'Sakan beraya sakan makan' undang risiko tinggi penyakit
Sekiranya jumlah pengambilan makanan tidak dikawal, tidak mustahil seseorang itu berisiko mendapat penyakit tertentu.
Patutlah gula asyik naik, rupanya salah cara! Ambil peduli nasihat doktor ini
Berikut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad mengenai cara untuk menurunkan gula dalam darah
Atasi gejala Long COVID menerusi senaman - Pakar
Gejala long COVID boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang jika tidak ditangani dengan baik.
Pakai 'windbreaker' bukan untuk cepat kurus
Pakailah pakaian sukan yang selesa dan bersesuaian, jangan sampai menyeksa diri. Biasakan yang betul, buang yang salah!
Ambil peluang Ramadan latih diri amal gaya hidup sihat
Setiap dua rakyat Malaysia, seorang daripadanya mengalami masalah berat badan berlebihan.
Senaman tanpa alat bantu mantapkan otot lengan, abdomen dan paha
Berikut beberapa langkah senaman dan diharapkan ia membantu kaum lelaki kelihatan lebih segak dan 'macho'.