Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah pada Ahad menghasilkan dua buah buku masakan dan manisan tradisi Pahang sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengumpul dana Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Majlis pelancaran buku yang bertajuk Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang itu disempurnakan sendiri oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Buku yang dijual dengan harga RM380 sebuah, diterbitkan oleh TFF adalah hasil kompilasi resepi yang didokumentasikan sendiri oleh Tunku Azizah sendiri dengan mencemar duli menjelajah setiap pelusuk daerah negeri Pahang.
"Buku ini saya saya terbitkan dengan menggunakan modal pusaka yang diperoleh daripada ayahanda saya sendiri (Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail) bagi tujuan untuk mengisi dana TAFF.
"Selain dana yang diperoleh itu dapat membantu lebih ramai pasangan yang telah lama berkahwin, untuk memperoleh anak menjalani rawatan kesuburan (IVF), ia juga dapat memberikan pahala kepada Almarhum Ayahanda saya," titah Tunku Azizah selepas majlis pelancaran dua buah buku berkenaan di sebuah hotel di sini Ahad.
Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan anakanda putera puteri baginda Tunku Azizah.
Untuk rekod setakat ini seramai 493 pasangan telah mendapat manfaat daripada penajaan prosedur perubatan yang ditawarkan sepenuhnya oleh TAFF dan seramai 115 anak berjaya dilahirkan menerusi kaedah rawatan ini.
Mengulas lanjut tentang buku berkenaan, Tunku Azizah bertitah ia dihasilkan dalam tempoh setahun dan baginda sendiri mempelarinya daripada orang kampung tentang cara memasak makanan dan manisan tradisional Pahang.
"Bakat saya memasak diwarisi oleh Almarhum bonda(Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah) dan turut mendapat galakan ayahanda (Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail) yang mahu saya belajar memasak sejak dari kecil.
"Malah Almarhum ayahanda juga berpesan, baginda mahu orang yang datang istana supaya memuji makanan sedap yang dihidangkan dan bukannya sebab besar dan cantiknya istana," titah Tunku Azizah.
Sementara itu, Tengku Abdullah turut melahirkan rasa bangga atas penerbitan buku berkenaan yang disifatkan memartabatkan lagi warisan dan seni masakan tradisional Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 05 2018

Tengku Abdullah bersama Tunku Azizah Aminah menunjukkan buku resipi Air Tangan Tengku Puan Pahang pada pelancarannya, pada Ahad. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Empat menu air tangan Permaisuri untuk penduduk Lahad Datu
Baginda memasak juadah itu bagi Majlis Santapan Bersama Rakyat sempena Kembara Kenali Borneo di luar pekarangan Dewan Perdana, Lahad Datu.

Tunku Azizah hasil dua buah buku masakan tradisi Pahang
Buku yang dijual dengan harga RM380 sebuah, diterbitkan oleh TFF adalah hasil kompilasi resepi yang didokumentasikan sendiri oleh Tunku Azizah sendiri.