KUALA LUMPUR: Kumpulan UMW Holdings Berhad menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam aktiviti kesukarelawanan.
Kerjasama berkenaan digerakkan dalam Inisiatif Pucuk Hijau bagi menjayakan misi UMW untuk menanam 300,000 batang pokok bakau menjelang 2023.
Jelas Eksekutif Penjenamaan dan Komunikasi, Komunikasi Korporat Kumpulan UMW, Nursyamila Ismail, UMW juga berharap untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan belia mengenai kepentingan alam sekitar.
"Kerjasama bersama YSS ini bukan sahaja bagi menjayakan misi penanaman 300,000 pokok bakau, tetapi turut bermatlamat untuk memberikan kesedaran kepada mereka (belia) mengenai kepentingan alam sekitar.
"Selain mengharapkan pelajar-pelajar ini untuk mengikuti aktiviti kesukarelawanan, UMW turut menggerakkan warganya menerusi UMW Community Champion bagi menyokong usaha sama," jelasnya menerusi program AWANI Pagi pada Isnin.
Tambah Nursyamila, inisaitif yang dilakukan ini menerusi usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) UMW memastikan masyarakat dapat membantu dan menyumbang semula kepada komuniti selain memberi pengalaman baharu, bina kemahiran serta menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap isu semasa.
Bagi wakil daripada YSS, Anis Adibah Izwani Azizan, kerjasama bersama UMW ini akan memberi satu pembaharuan terutama kepada generasi muda untuk mengenali dan menghargai alam selain memastikan masa lapang terisi dengan baik.
"Ini satu kerjasama yang baik untuk pelajar-pelajar. Mungkin sebilangan pelajar mempunyai kekangan kewangan namun mempunyai masa dan tenaga untuk disumbangkan.
"Ia sekali gus akan dapat melahirkan jati diri mahasiswa lebih teguh, melahirkan masyarakat yang bersifat empati dan membantu memberi kesedaran terhadap alam sekitar," jelasnya dalam program sama.
UMW juga mengharapkan lebih ramai lagi anak muda untuk turut bersama sebagai sukarelawan Inisiatif Pucuk Hijau UMW.
Usaha yang dilakukan ini bukan sahaja dapat menjayakan misi menuju karbon sifar tahun 2050, tetapi juga memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.
Bagi mereka yang berminat, boleh layari laman web UMW – www.umw.com.my dan klik pada menu UMW Green Shoots Initiative untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar untuk menjadi sukarelawan.
Hafizi Rosli
Sat Aug 05 2023

Usaha yang dilakukan UMW bukan sahaja dapat menjayakan misi menuju karbon sifar tahun 2050, tetapi juga memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia. - Foto/UMW/YSS
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

UMW dan YSS jalin kerjasama melalui semangat kesukarelawanan
UMW juga berharap untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan belia mengenai kepentingan alam sekitar.

Inisiatif Pucuk Hijau: UMW sasar tanam 300,000 pokok bakau dalam dua tahun
Inisiatif Pucuk Hijau UMW merupakan satu inisiatif atau "road map" bagi mencapai sifar karbon menjelang 2050.

Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok sehingga 2025
Program Inisiatif Pucuk Hijau UMW menyasarkan 300,000 pokok bakau ditanam di persisir pantai seluruh negara.

UMW Holdings Berhad catat keuntungan bersih RM137.4 juta suku keempat 2020
UMW Holdings Berhad mencatatkan keuntungan dengan pendapatan bersih RM137.4 juta untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020.

UMW Holdings catat peningkatan keuntungan bersih 32 peratus
Peningkatan ini antara lain, disumbang pendapatan segmen Pembuatan dan Kejuruteraan yang meningkat 26 peratus.

Keputusan kewangan suku ketiga UMW terjejas oleh kelembapan industri minyak dan gas
UMW Holdings Berhad merekodkan hasil sebanyak RM2,856.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016, menunjukkan hasil RM676.4 juta atau 19.1% lebih rendah berbanding hasil sebanyak RM3,533.2 jut