SHAH ALAM: Seorang pelakon, Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, yang mempunyai sepasang anak kembar autistik tidak bersetuju dengan pandangan segelintir pihak supaya mengurung golongan tersebut demi untuk keselamatan mereka atau orang lain.
Beliau yang dikenali sebagai Zarina Zainuddin berpandangan, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh penjaga kerana ia dilihat seolah-olah menyeksa mereka.
Ujar beliau, sekiranya anak kembarnya, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil) masing-masing berusia 28 tahun mengalami tantrum (buat perangai), dia mengakui akan membiarkan mereka bertindak agresif namun masih dalam pemantauan orang yang lebih dewasa.
Ini kerana dia tidak mahu menyeksa anak syurga itu kerana mereka berhak mempunyai kehidupan seperti manusia biasa yang lain.
“Tak boleh kurung, kasihan dia. Dia tantrum setiap masa, kadang-kadang satu hari ada juga sampai empat kali mengamuk.
“Mereka akan tenang sendiri, biarkan saja cuma jangan bagi dia pukul muka sendiri sebab sakit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Zarina berkata, beliau akan melupakan tindakan di luar kawalan anaknya itu kerana tidak mahu meletakkannya sebagai satu beban.
Malah beliau yang merupakan pelakon drama dan filem itu menganggap kejadian tantrum yang berlaku kepada Azal dan Azil sebagai satu penambahbaikan kepada dirinya untuk memperbaiki cara didikan.
“Perkara yang negatif itu saya cuba lupakan sebab tidak mahu jadikannya sebagai bebanan kepada saya. “Saya fikir kalau hari ini mereka tantrum macam ini, esok kita cuba cari cara lain untuk bagi mereka tenang,” jelasnya.
Dalam pada itu, Zarina turut menasihati ibu bapa yang mempunyai anak autistik agar mendidik dan menjaga anak istimewa itu dengan penuh kasih sayang kerana mereka adalah amanah daripada ALLAH SWT.
Tambahnya, mempunyai ahli keluarga yang istimewa sebenarnya lebih banyak mengajar erti kehidupan dan menjadi manusia yang lebih bersabar.
“Tiada masalah pun kalau ada ibu bapa tidak menghebohkan yang mereka ada anak autistik.
“Kita tak boleh nak paksa cara orang lain dan mungkin mereka perlukan privasi masing-masing.
“Selagi tidak menyusahkan orang sekeliling dan mereka boleh jaga anak itu memang tidak menjadi satu masalah.
“Kita bukan berada dalam kehidupan dia, jadi tak boleh nak samakan kerana kita di rumah yang lain,” kata Zarina.
https://www.sinarharian.com.my/article/670997/berita/nasional/zarina-zainuddin-kasihan-kalau-kurung-anak
Sinar Harian
Fri Jun 21 2024

Zarina bersama anak kembar lelaki istimewa iaitu Azal (kanan) dan Azil (kiri). - Foto Sinar Harian

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Belanjawan 2025: 11 Pusat Permata baharu untuk anak-anak autistik
Ini bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik termasuk di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Kaunseling bantu ibu miliki tiga anak autistik kawal emosi
Kehidupan itu dijalani oleh guru tadika Dalilah Diyana Sazali yang mempunyai tiga anak autistik berusia lima hingga 11 tahun.

Zarina Zainuddin kasihan kalau kurung anak
Zarina berpandangan, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh penjaga kerana ia dilihat seolah-olah menyeksa mereka.