Skip to main content

Hiburan

Pelakon Cico Harahap meninggal dunia

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11 pagi tadi di Hospital Ampang.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11 pagi tadi di Hospital Ampang.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pelakon Cico Harahap, atau nama penuhnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 48, disahkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Ampang minggu lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11 pagi tadi di Hospital Ampang.

Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez, ketika dihubungi berkata Allahyarham sebelum itu mengadu sesak nafas kepada ibunya, penyanyi veteran Uji Rashid, sebelum dimasukkan ke Hospital Ampang pada Ahad lalu.

Advertisement

"Saya difahamkan oleh Kak Uji sebelum ini Cico memang sakit-sakit.

"Pada hari kejadian, Cico dibawa ke hospital dan kami dimaklumkan dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.

Advertisement

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa jam 4 petang untuk dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas selesai urusan di hospital.

Allahyarham merupakan anak kepada penyanyi legenda tanah air, Uji Rashid, dan turut mencipta nama dalam industri hiburan menerusi bidang lakonan.

Cico mula menceburi dunia lakonan sekitar 1993 menerusi filem "Kekasih Awal dan Akhir", sebelum namanya semakin dikenali menerusi drama bersiri "Puteri Impian" pada penghujung 1990-an.

Sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan, Cico turut membintangi beberapa karya layar perak termasuk filem "Anak Mami" dan "Anak Mami Telah Kembali", sekali gus memperlihatkan penglibatannya dalam perkembangan industri perfileman tempatan.

Selain itu, beliau turut mencipta pengalaman dalam bidang lakonan menerusi beberapa produksi lain, termasuk filem "Operation Mekong" pada 2016. 

Namanya turut menjadi perhatian peminat seni tempatan sebagai anak kepada Uji Rashid yang mewarisi minat dalam dunia hiburan.

Must Watch Video

Advertisement