Akhirnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) akur kepentingan ranking dunia FIFA skuad kebangsaan dan lebih menarik, ia diakui sendiri Presiden badan induk itu, Sultan Ahmad Shah.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kemudian pantas membuat tindakan susulan, apabila mensasarkan sekurang-kurangnya sembilan aksi persahabatan antarabangsa kelas A buat skuad kebangsaan pada tarikh yang ditetapkan FIFA.
Sepatutnya,..tumpuan meningkatkan ranking skuad negara dilakukan dari dahulu lagi, kerana ranking yang rendah memberi kesan buat pasukan kebangsaan.
Kebanyakan pasukan di ranking dunia lebih tinggi, enggan beradu kekuatan dengan skuad Harimau Malaya, kerana kedudukan ranking kita yang rendah dan tidak memberi kesan buat mereka.
Beberapa negara jiran seperti Thailand dan Singapura, sebelum ini tampak berjaya menangani kedudukan ranking dengan baik.
Sebelum meraih kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, Singapura sudah meraih tiga kejuaraan kejohanan itu pada 1998, 2004 dan 2007.
Pada waktu itu, ranking negara seberang tambak ini lebih baik berbanding skuad negara dan ia turut menjadi faktor, mengapa negara-negara gergasi Asia seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar, kerap memilih Singapura sebagai lawan pemanas badan berbanding Malaysia.
Thailand pula pernah menduduki ranking ke 43 dunia pada 1998 dan pernah diramal, pasukan negara ASEAN yang mempunyai peluang terbaik ke Piala Dunia satu hari nanti.
Namun, Thailand gagal kekal konsisten dan mula mengalami kemerosotan, walaupun masih kekal sebagai kuasa besar rantau ASEAN, begitu juga dengan Singapura.
Justeru ia memberi gambaran, bukan mudah untuk meningkatkan rangking sesebuah negara.
Ia bukan hanya memerlukan keampuhan pasukan dan kecekapan jurulatih mengendalikan pasukan tetapi juga kecekapan sekreatariat mengatur aksi persahabatan dan mendapat lawan yang sesuai.
Hanya aksi berdepan skuad senior kebangsaan negara lain, diiktiraf sebagai aksi persahabatan Kelas A oleh FIFA, dan mampu memberi pungutan mata tinggi jika kemenangan diraih.
Apa pun, saya percaya Hamidin telus mahu membantu meningkatkan ranking skuad negara dan selaku ketua sekreatariat FAM kini, dia wajar diberikan peluang untuk melaksanakan tugasnya.
Saya percaya, sasaran Hamidin untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sembilan aksi persahabatan antarabangsa tahun depan, mampu dicapai menerusi pengurusan dan perancangan yang tepat.
Kesediaan FAM untuk memberi tumpuan, meningkatkan ranking skuad negara mungkin memberi gambaran, padangan pengendali kebangsaan,Datuk K Rajagobal bahawa rangking tidak penting, sudah tidak lagi relevan.
Saya berharap, aksi berdepan Chelsea dan juga Barcelona selepas ini, mampu memberi kesan positif untuk baki kelayakan Piala Asia skuad negara.
Seandainya misi ke pusingan akhir di Australia gagal, Rajagobal juga perlu akur sasarannya gagal dicapai dan mungkin langkah terbaik ialah untuk berundur dan memberi laluan kepada tokoh lain mengendali skuad kebangsaan.
Fadzrie Hazis
Sun Jul 28 2013
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Kim Swee pilihan sesuai
Fadzrie berpendapat, FAM kelihatan seakan memberi peluang buat Kim Swee, membuktikan dia berhak diberi perlantikan secara tetap.
Sukan SEA uji keterbukaan Myanmar
Fadzria Hazis menulis pengalamannya menjejak kaki buat kali pertama ke negara tuan rumah Sukan SEA ke-27, Myanmar sejak sedekad menjadi penulis sukan.
Bale lakar rekod baru
Bale mungkin pemain termahal dunia, tetapi Ronaldo tetap dilihat sebagai antara pemain paling berpengaruh di Real dan juga ketika di bilik persalinan pemain skuad Galacticos.
Pentingnya ranking FIFA, FAM akhirnya akur
Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) akur kepentingan ranking dunia FIFA skuad kebangsaan dan lebih menarik, ia diakui sendiri Presiden badan induk itu, Sultan Ahmad Shah.
PFAM akan menjaga hak dan kepentingan pemain
Dengan perlantikan Hairuddin Omar sebagai Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) akan membantu dengan membawanya ke Fifpro, sebelum dirujuk ke FIFA.
Bola Sepak Malaysia perlu profesional setiap sudut
Kekalutan perlawanan Pahang dan JDT dapat dielakkan jika setiap ahli gabungan negeri FAM bersikap profesional dan bersedia menghadapi situasi yang tidak dijangka.
Artikel 88 dikaji semula, Azzudin ucap selamat tinggal
Mesyuarat Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM 10 April lalu mencuri tumpuan, dengan beberapa keputusan dicapai badan induk itu.
Skuad hoki cetuskan harapan, Harimau Malaya hidupkan cabaran
Syabas diucapkan kepada skuad hoki kebangsaan, bimbingan Paul Revington yang berjaya muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, minggu lalu.
Anugerah SAM Iktiraf peranan wartawan sukan
Berbeza dengan anugerah sukan lain, anugerah SAM bukan saja memberi penghargaan kepada atlet tetapi juga kepada warga wartawan sukan.
Kepulangan Nazmi amat mengejutkan
Kepulangan mengejut pemain bola sepak remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor dari Portugal jelas mengejutkan pemerhati sukan tempatan.