Astro Malaysia Holdings Bhd dan Grup Majalah Karangkraf (GMK) Sdn Bhd memeterai perjanjian penubuhan sebuah syarikat usahama dengan modal permulaan berjumlah RM200 juta.
Melalui kerjasama tersebut, Astro dan Karangkraf bakal memanfaatkan platform masing-masing dalam memasarkan kandungan digital khususnya untuk pasaran serantau.
Kerjasama strategik ini bakal menyaksikan Astro melabur sejumlah RM100 juta dengan pegangan 51 peratus dalam entiti terbaharu ini bersama Karangkraf, Karangkraf Digital 360 Sdn Bhd menguasai selebihnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Datuk Rohana Rozhan, kerjasama ini selaras dengan inisiatif Astro untuk meningkatkan pengeluaran (output) platform digital di peringkat kumpulan.
“Kerjasama ini mewujudkan situasi menang-menang. Kandungan Astro banyak berbentuk long-form untuk ditonton di rumah atau di skrin besar.
“Tetapi hari ini realitinya adalah, jika anda menonton kandungan di telefon bimbit anda tidak menonton kandungan di televisyen atau radio.
"Kami percaya dengan kandungan merentasi platform. Jadi, kerjasama ini bakal memberikan kami keluasan dan kedalaman dalam hubungan kami dengan pengguna,” katanya di majlis memeterai kerjasama Astro-Grup Majalah Karangkraf di ibu negara pada Rabu.
Sementara itu, Karangkraf juga bakal memanfaatkan kehadiran Astro di platform televisyen dan digital dalam memasar dan mendigitalkan kandungan yang sedia ada.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, kerjasama ini juga akan memberikan peluang kepada kumpulan itu untuk menghidupkan semula kandungan yang berada dalam simpanannya sejak 30 ke 40 tahun lalu.
“Kesemua kandungan yang sedia ada di Karangkraf, kita akan tukarkannya kepada kandungan digital.
“Kita juga akan menambah baiknya secara 360 darjah dalam pelbagai bentuk,” katanya.
Astro menjangkakan kerjasama ini bakal meningkatkan jumlah pembaca atas taliannya kepada kira-kira 10 juta orang.
Luqman Hariz
Thu Dec 07 2017

Rohana (dua, kiri) dan Hussamuddin (dua, kanan) di majlis pelancaran kerjasama antara Astro Malaysia Holdings Bhd dan Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd pada Rabu. - Sumber foto Astro

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Astro catat pemulihan Adex pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (FY25).

Astro Studios bakal lonjakkan Malaysia sebagai hab kandungan serantau
Pelancaran Astro Studios akan melonjakkan lagi industri kreatif negara ke aras yang lebih tinggi.

Nilai saham Astro dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 - Penganalisis
Perkembangan positif itu antara lain disumbang oleh program televisyen, Go Shop yang membantu meningkatkan pendapatan kumpulan secara signifikan.

Omar & Hana sambut kehadiran murid pada hari pertama ke sekolah
Di sekolah yang bertempat di daerah Hulu Langat, maskot Omar & Hana dibawakan khas oleh Astro Malaysia Holdings Bhd dan Digital Durian bagi menyambut kehadiran lebih 500 murid darjah satu.

Astro rangkul tiga anugerah berprestij pada majlis MPRA 2019
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) meraih tiga anugerah pada majlis makan malam Anugerah PR Malaysia (MPRA) 2019.

Astro rangkul dua anugerah di majlis Anugerah MIRA 2019
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) merangkul dua anugerah di majlis Anugerah Persatuan Hubungan Pelabur Malaysia (MIRA) 2019 pada Rabu.

Astro rangkul anugerah Majikan Paling Menarik Pilihan Graduan Malaysia
Astro menerima anugerah Majikan Paling Menarik Pilihan Graduan dalam sektor Media, Kewartawanan dan Penyiaran.

Astro rangkul anugerah berprestij di The Edge Billion Ringgit Club 2019
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan menerima anugerah Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun untuk Telekomunikasi dan Media tersebut.

Firma penyelidikan pelaburan optimistik prestasi kewangan Astro
Empat firma penyelidikan pelaburan utama negara masih optimistik dengan unjuran prestasi Astro Malaysia Holdings Bhd susulan pengumuman keputusan suku pertama syarikat itu untuk tahun kewangan 2020.

Astro meterai kerjasama dengan Grup Majalah Karangkraf, tubuh entiti baharu
Melalui kerjasama tersebut, Astro dan Karangkraf berupaya memanfaatkan platform masing-masing dalam memasarkan dan mengembangkan kandungan mereka.