KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan E-hailing Grab telah mengeluarkan Laporan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG) tahunan pertamanya yang menggariskan kemajuan syarikat itu dalam menyokong pemerkasaan sosioekonomi dan pertumbuhan yang mampan.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, ia turut mengumumkan inisiatif baharu yang diharapkan dapat memperkukuhkan komitmennya dalam mengurangkan pelepasan karbon.
Menurutnya, para pelanggan tidak lama lagi akan dapat mengurangkan jejak karbon apabila bergerak menggunakan Grab menerusi inovasi ciri pengimbangan karbon dalam aplikasi Grab.
Ciri-ciri tersebut akan dilancarkan di Indonesia, Malaysia dan Thailand pada bulan depan, sebelum ia dilancarkan ke rantau yang lainnya.
Menurut Grab, ciri-ciri itu membolehkan pelanggan membeli pengimbangan karbon dengan harga kurang daripada US$0.10 (US$1=RM4.14) bagi setiap perjalanan.
Amaun tersebut akan digunakan untuk membiayai projek pemuliharaan dan penanaman semula hutan oleh pertubuhan bukan kerajaan.
Grab dan Hyundai Motor Group juga akan melancarkan program rintis kenderaan elektrik (EV) baharu agar pemilikan EV lebih mampu milik dan mudah diakses, di samping bersama-sama membangunkan pelan tindakan untuk memacu penggunaan EV di Asia Tenggara.
Dalam satu kaji selidik ke atas pengguna Grab di enam negara Asia Tenggara, 82 peratus responden berkata mereka bimbang tentang isu perubahan iklim dan mengambil beberapa tindakan bagi mengurangkan jejak karbon mereka.
Sementara itu, 44 peratus menyatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana, dan 31 peratus merasakan bahawa terlalu sukar untuk mengambil tindakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab Anthony Tan berkata prestasi syarikatnya berkait rapat dengan kebajikan komuniti dan perlindungan alam sekitar.
"Bagi memastikan perniagaan kami dapat terus berkembang dan berjaya dalam jangka panjang, kami perlu berusaha ke arah membina komuniti yang maju di mana rakan-rakan kami mempunyai peluang pendapatan yang mapan, di samping memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
"Laporan ESG pertama kami mencerminkan komitmen kami ke arah membina perniagaan dengan paras terendah berganda dan pada masa sama memastikan ketelusan dan tanggungjawab terhadap para pemegang kepentingan kami," katanya.
Bagi memacu penggunaan kenderaan elektrik di Asia Tenggara, Grab menyatakan dalam beberapa tahun ini, kerajaan di rantau ini telah mengumumkan dasar untuk meningkatkan penggunaan kenderaan itu sebagai sebahagian daripada matlamat mengurangkan pelepasan karbon mereka, namun masih terdapat banyak lagi cabaran yang perlu diatasi.
Dalam satu kaji selidik yang melibatkan rakan-rakan pemandu Grab di Singapura mendapati bahawa kos kenderaan yang tinggi, kekurangan fasiliti pengecasan dan tempoh menunggu yang lama untuk pengecasan menjadi punca utama yang menghalang rakan-rakan pemandu Grab daripada menggunakan kenderaan elektrik, katanya.
"Peralihan kepada kenderaan elektrik memerlukan satu ekosistem kerjasama, termasuk kerajaan, penyedia infrastruktur pengecasan dan pengeluar kenderaan.
"Grab sedang bekerjasama secara aktif dengan pihak berkenaan bagi bersama-sama membangunkan ekosistem kenderaan elektrik menerusi inisiatif rintis dan langkah perubahan dasar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
![Grab kemuka Laporan ESG pertama, tetapkan inisiatif kurangkan jejak karbon Grab kemuka Laporan ESG pertama, tetapkan inisiatif kurangkan jejak karbon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618331043_Grab.jpg)
Grab turut mengumumkan inisiatif baharu yang diharapkan dapat memperkukuhkan komitmennya dalam mengurangkan pelepasan karbon. -REUTERS
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Grab tidak terlibat dalam surat terbuka AIC kepada PM Anwar Grab tidak terlibat dalam surat terbuka AIC kepada PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708921087_TBMOGOKGRAB.jpg)
Grab tidak terlibat dalam surat terbuka AIC kepada PM Anwar
Pihak Grab berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan atau dirujuk mengenai surat terbuka kepada Perdana Menteri.
![KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677233782_kwsp.jpg)
KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.
![Mahkamah Tinggi batalkan cadangan denda RM86.77 juta MyCC kenakan terhadap Grab Mahkamah Tinggi batalkan cadangan denda RM86.77 juta MyCC kenakan terhadap Grab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654180153_TBMCAPahang.jpg)
Mahkamah Tinggi batalkan cadangan denda RM86.77 juta MyCC kenakan terhadap Grab
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh turut memerintahkan suruhanjaya tersebut membayar kos RM20,000 kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.
![Penawaran dan permintaan tidak seimbang, kesesakan faktor utama lonjakan tambang e-hailing - Menteri Penawaran dan permintaan tidak seimbang, kesesakan faktor utama lonjakan tambang e-hailing - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653208640_TBEHAILING.jpg)
Penawaran dan permintaan tidak seimbang, kesesakan faktor utama lonjakan tambang e-hailing - Menteri
Selain itu beberapa syarikat e-hailing juga telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum COVID-19 melanda negara.
![Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623940715_Grab.jpg)
Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.
![Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618331043_Grab.jpg)
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir $40 bilion
![Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595932415_MenteriPengangkutan.jpg)
Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk
Usaha itu merupakan salah satu alternatif bagi mengekang berlakunya insiden pemandu mabuk.
!['Sharing Economy' dan era 'The New Corns' 'Sharing Economy' dan era 'The New Corns'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578759624_gojek.jpg)
'Sharing Economy' dan era 'The New Corns'
Antara faktor penyumbang kepada kelahiran syarikat-syarikat berstatus Unicorn adalah saiz pasaran, akses kepada modal dan aktiviti R&D.
![Grab lancarkan projek perintis GrabBike di Lembah Kelang Grab lancarkan projek perintis GrabBike di Lembah Kelang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71503661423_Grab.jpg)
Grab lancarkan projek perintis GrabBike di Lembah Kelang
Projek perintis GrabBike ini merupakan sebahagian daripada program Pembuktian Konsep untuk kerajaan, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
![GrabFood perluas servis GrabExpress, GrabMart GrabFood perluas servis GrabExpress, GrabMart](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576032809_TBGRABFOOD.jpg)
GrabFood perluas servis GrabExpress, GrabMart
Sebelum ini, perkhidmatan ini hanya terdapat di kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.