My HSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR) dan SG HSR Pte Ltd (SG HSR) membuka bidaan bagi penubuhan syarikat usahasama pengendali aset (AssetsCo) bagi projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura, menurut kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan.
"AssetsCo akan bertanggungjawab dalam rekaan, membina, membiayai, dan menyelenggara lokomotif, serta semua aset rel termasuk kerja-kerja landasan, sumber tenaga, sistem isyarat dan telekomunikasi bagi projek HSR.
"AssetsCo turut akan menyelaras kapasiti rangkaian HSR bagi keperluan operasi dan penyelenggaraan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, dalam kenyataan itu.
Tempoh bidaan dibuka sehingga 29 Jun 2018 termasuk menyerahkan kertas cadangan kepada MyHSR Corp dan SG HSR.
"Penerangan berkaitan bidaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Jan 2018. Melalui proses perolehan telus, adil dan tebruka, MyHSR dan SG HSR mensasarkan untuk memilih pembida berkelayakkan menjelang akhir tahun depan," kata kenyataan itu.
Kesemua bidaan akan dinilai berdasarkan penyelesaian teknikal, nilai komersial kukuh, kestabilan kewangan dan harga.
"Bidaan itu juga bagi mengenal pasti AssetsCo, yang akan menyediakan penyelesaian yang memberi keutamaan kepada keselamatan, ketersediaan dan kebolehpercayaan, teknologi yang terbukti, dan operasi fleksibel," kata kedua-dua syarikat.
Pembukaan bidaan itu susulan persiapan mendalam MyHSR dan SG HSR sejak Perjanjian Bilateral HSR Kuala Lumpur-Singapura ditandatangani kerajaan kedua-dua negara pada Disember 2016.
Najib Aroff
Wed Dec 20 2017

AssetsCo akan bertanggungjawab dalam rekaan, membina, membiayai, dan menyelenggara lokomotif, serta semua aset rel termasuk kerja-kerja landasan, sumber tenaga, sistem isyarat dan telekomunikasi bagi projek HSR. - Flickr/Gambar hiasan

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

HSR terbatal: Singapura tidak dapat terima keengganan Malaysia kekalkan AssetsCo - Menteri
Singapura tidak dapat menerima cadangan Malaysia untuk tidak mengekalkan AssetsCo sebagai pembekal sistem projek HSR.

HSR buka bidaan syarikat usahasama kendali aset
Tempoh bidaan dibuka sehingga 29 Jun 2018 termasuk menyerahkan kertas cadangan kepada MyHSR Corp dan SG HSR.