Malaysia tidak berminat untuk melihat harga minyak mencecah atau melebihi ASD100 setong, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Beliau percaya harga minyak yang stabil dan seimbang akan membantu kerajaan dalam merancang belanjawan di samping mengekalkan inflasi pada kadar yang berpatutan.
"Malaysia lebih selesa dengan harga minyak yang stabil pada paras yang berpatutan kerana ketidaktentuan harga minyak menjejaskan unjuran pendapatan kerajaan," jelasnya dalam satu kenyataan susulan Mesyuarat Peringkat Menteri OPEC dan bukan-OPEC ke-3 di Vienna Khamis lalu.
Melalui mesyuarat itu Malaysia, katanya, bersetuju melanjutkan penyertaan dalam dasar pelarasan pengeluaran minyak sehingga 31 Disember 2018 susulan keputusan untuk melanjutkan “Pengisytiharan Kerjasama” bagi tempoh 9 bulan.
Beliau berkata, pelanjutan pelarasan pengeluaran minyak diperlukan untuk mengurangkan inventori minyak kepada paras yang lebih berpatutan untuk menyediakan kestabilan dan kemampanan dari segi harga.
Abdul Rahman mewakili Malaysia dalam mesyuarat di peringkat menteri manakala pegawai-pegawai kanan daripada Petronas dan Unit Perancang Ekonomi menghadiri mesyuarat teknikal sehari sebelum itu.
Bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2017, negara-negara OPEC dan bukan-OPEC berjaya mengurangkan paras inventori sebanyak 600 juta tong.
Berdasarkan anggaran, lanjutan pelarasan pengeluaran ini akan membantu mengimbangkan semula pasaran minyak menjelang hujung 2018.
Kata Abdul Rahman, ini adalah salah satu faktor mengapa harga minyak semakin mengukuh sejak 2016.
Malaysia sebelum ini memberi komitmen untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah dan kondensat secara sukarela pada kadar 20,000 tong sehari.
Shafizan Johari
Sat Dec 02 2017
![Malaysia tidak mahu harga minyak melambung kepada AS$100 setong Malaysia tidak mahu harga minyak melambung kepada AS$100 setong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61512199239_Vienna.jpg)
Abdul Rahman bersama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi Khalid Al-Falih di Mesyuarat di Peringkat Menteri OPEC dan bukan-OPEC ketiga yang diadakan di Vienna, Austria.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681182942_BungMoktar.jpg)
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
![Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643027678_RFID.jpg)
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
![PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667385185_BungMoktar.jpg)
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
![Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665734208_AbdulRahmanDahlan.jpg)
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
![PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662763407_AbdulRahman.jpg)
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
!['Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan' 'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661643914_AkhirnyaUMNOteta.jpg)
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
![Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628331171_MTUMNO.jpg)
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
![Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616925600_RahmanDahlan.jpg)
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
![PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616925600_RahmanDahlan.jpg)
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
![PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599892363_MuhyiddinYassinSaba.jpg)
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).