Perodua Myvi baharu telah menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP), kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Aminar Rashid berkata, sebagai syarikat "Orang Ramai Diutamakan' Myvi baharu itu merupakan usaha terhebat setakat ini dalam menjamin keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan tersebut.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menyampaikan sijil pengiktirafan itu pada Seminar "ASEAN NCAP: Ke Arah Autonomi" di Kajang, semalam.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MIROS dan ASEAN NCAP untuk kerjasama dan bimbingan mereka dalam membantu Perodua menjadikan Myvi baharu kereta lima bintang," kata Aminar Rashid.
Kereta baharu berkenaan, diuji dan dinilai berdasarkan protokol terbaru ASEAN NCAP 2017-2020, mencatatkan 32.71 mata daripada kemungkinan 36 untuk Perlindungan Penghuni Dewasa (AOP), iaitu pematuhan 90.9 peratus dan 43.14 mata daripada kemungkinan 49 untuk Perlindungan Penghuni Kanak-Kanak (COP), mewakili 88 peratus pematuhan.
Penarafan keselamatan lima bintang digunakan untuk semua varian Myvi babaru, yang dilengkapi dengan empat beg udara, sistem brek anti-kunc dengan Pengedaran Kuasa Brek Elektronik, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Isyarat Berhenti Kecemasan, titik lampiran untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak, sensor mengundur dan peringatan tali pinggang keselamatan untuk semua kerusi.
Selain itu, varian 1.5 dilengkapi dengan enam beg udara, manakala 1.5 Advance juga termasuk suite Bantu Keselamatan Canggih bagi sistem keselamatan aktif, yang terdiri daripada amaran praperlanggaran, brek praperlanggaran dan peringatan berlepas depan.
Aminar Rashid berkata, Myvi baharu itu adalah kenderaan pertama di Malaysia untuk memperkenalkan ciri-ciri keselamatan tercanggih pada lingkungan harga ini.
"Malah, ia adalah kereta yang paling berpatutan dengan brek kecemasan autonomi di Malaysia. Dengan Myvi baharu, kami memperkenal keselamatan aktif kepada penduduk," katanya.
Beliau berkata, Myvi tersebut adalah kereta lima bintang Perodua yang kedua selepas Bezza.
Tahun lepas, ASEAN NCAP menganugerahkan Perlindungan Penghuni Kanak-kanak Terbaik dan Perlindungan Penghuni Dewasa Terbaik kepada Bezza dalam kategori kereta keluarga kecil. Semua kenderaan kami dinilai oleh ASEAN NCAP dan mematuhi pelbagai peraturan keselamatan," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 20 2017

Perodua Myvi baharu adalah kenderaan pertama di Malaysia untuk memperkenalkan ciri-ciri keselamatan tercanggih pada lingkungan harga ini. - Astro AWANI

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Perodua Myvi baharu dapat pensijilan keselamatan lima bintang
Perodua Myvi baharu telah menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

Myvi baharu lebih murah, banyak teknologi baharu
Perodua menyasarkan jualan 6 ribu unit sebulan model Myvi terbaharu yang dilancarkan hari ini, dengan sejumlah 5 ribu tempahan sudah diterima sejak ia dibuka kepada umum bermula 9 November lepas.

Perodua sasar jual 6,000 kereta Myvi baharu
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu itu akan berada di bilik pameran syarikat berkenaan di seluruh negara mulai esok.

Pengeluaran Perodua Myvi cecah sejuta unit
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata angka itu dicapai pada hujung minggu lalu, sekali gus membolehkan Myvi kekal sebagai kereta paling laris di Malaysia.

Perodua Bezza mula berada di pasaran Sri Lanka
Model Perodua Bezza 1.0L (transmisi automatik) berharga 3.69 juta Rupee Sri Lanka (RM103,162.29).

Perodua Bezza dapat pengiktirafan MRM
Anugerah berkenaan telah diserahkan oleh MRM dalam satu majlis Anugerah Reka Bentuk Terbaik Malaysia 2016/2017 pada 18 April lepas.

Perodua sasar jualan 2017 lepasi 200,000 unit
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menetapkan sasaran jualan sebanyak 202,000 unit bagi 2017, kurang dua peratus berbanding 2016.

Perodua Bezza: Tempahan mencecah 19,000 unit!
Tempahan untuk kereta sedan kompak pertama Perodua, Perodua Bezza, telah pun mencecah 19,000 unit.

Perodua Bezza dibuka untuk tempahan mulai 16 Julai
Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co.

Perodua tawar bantuan kepada mangsa banjir kilat Kuala Lumpur
Perodua akan memberikan bantuan daripada segi perkhidmatan tunda, diskaun bagi beberapa alat ganti dan pemeriksaan percuma.