KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Portal MyAssist MSME sebagai suatu solusi norma baharu bagi keperluan fasilitasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah satu pusat sehenti.
Beliau berkata inisiatif kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) itu menyediakan platform kepada PKS untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat, bimbingan dan peluang pemasaran secara dalam talian.
“Platform ini akan dapat membantu PKS menangani permasalahan dan isu berkaitan perniagaan dalam keadaan norma baharu. Ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk memastikan PKS tempatan terus diperkasa dalam mendepani cabaran semasa,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian menerusi rakaman ucapan bagi majlis pelancaran portal MyAssist MSME dan perasmian Minggu PKS Kebangsaan 2021 yang diadakan secara dalam talian hari ini.
Beliau berkata Portal MyAssist MSME dibangunkan pada waktu yang tepat dalam keadaan pandemik COVID-19 yang menyaksikan masyarakat secara tidak langsung terpaksa menerima penggunaan aplikasi digital dalam kehidupan seharian, sekali gus mendorong peningkatan penggunaan teknologi maklumat.
Muhyiddin berkata usahawan perlu berubah dan menerima pendigitalan dalam perniagaan, agar mampu menghadapi persaingan dan meningkatkan kecekapan dalam operasi perniagaan.
"Pendigitalan merupakan elemen penting bukan sahaja untuk memulihkan perniagaan, tetapi juga kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Oleh itu, usahawan tidak boleh lagi mengambil sikap tunggu dan lihat," katanya.
Bagi memperkukuhkan hubungan pendigitalan di negara ini, Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025).
JENDELA akan menjadi platform untuk mencapai aspirasi itu dengan mempercepat penyambungan digital negara melalui penyebaran akses mudah alih, fiber dan tanpa wayar tetap dan membuka jalan ke 5G, katanya.
Beliau berkata pelaksanaan pelan pendigitalan yang meluas di seluruh negara akan memberi manfaat besar kepada setiap lapisan masyarakat di Malaysia.
Sementara itu, Perdana Menteri menyifatkan usaha SME Corp Malaysia menganjurkan Minggu PKS Kebangsaan 2021 secara dalam talian melalui portal MyAssist MSME sebagai satu langkah wajar.
Muhyiddin berkata program bertemakan 'Mula Berdikit, Azam Melangit' itu diharap dapat menjadi titik tolak bagi PKS untuk mengambil peluang menjalankan perniagaan secara dalam talian dan seterusnya mendapatkan akses pasaran yang lebih luas dengan meneroka perniagaan melangkaui sempadan di peringkat antarabangsa.
Mengucapkan syabas atas pelancaran portal ASEAN Access pada 16 Jun lepas, beliau berkata Portal ASEAN Access memaparkan maklumat perdagangan dan akses pasaran kepada PKS untuk meneroka pasaran dan memudah cara perniagaan di rantau ASEAN.
"Saya percaya portal ASEAN Access yang turut menghoskan MyAssist ini dapat menjadi gerbang pemangkin bagi PKS tempatan meluaskan pasaran ke luar negara dan bagi PKS asing memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan perniagaan, justeru memperkasakan ekonomi negara," katanya.
Muhyiddin berharap rakyat Malaysia sebagai pengguna dapat memberikan sokongan penuh kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana yang menyertai pameran dalam talian itu dengan menggunakan platform media sosial dengan positif untuk meningkatkan kesedaran dan membantu mempromosi produk dan perkhidmatan PKS tempatan.
"Kepada para usahawan mikro, kecil dan sederhana serta bakal-bakal usahawan sekalian, saya ingin menggesa semua untuk memanfaatkan sepenuhnya Portal MyAssist MSME yang dibangunkan ini dalam membantu mengembangkan lagi perniagaan tuan-tuan dan puan-puan.
"Portal MyAssist MSME, dengan modul khidmat nasihat interaktif, padanan perniagaan serta e-pameran dan ekspo dalam talian merupakan pusat rujukan masa depan setempat atau 'one stop centre of the future'. 'The future is now'," katanya.
Bernama
Wed Jun 30 2021

Muhyiddin berkata, Portal MyAssist MSME akan dapat membantu PKS menangani permasalahan dan isu berkaitan perniagaan dalam keadaan norma baharu. - Gambar fail
Kerjasama Sabah-Labuan tingkat kemasukan pelancong
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah
Hasil kajian aspirasi pencari kerja di Sabah yang dijalankan DOSM dari Januari hingga Disember 2024 menekankan kepentingan gaji yang adil selaras dengan kelayakan pendidikan.
GRS yakin memerintah Sabah sekali lagi – Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor yakin memperoleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
ASEAN 2025 | 25 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
RM95 juta bina sekolah antarabangsa Islam pertama Sarawak
Sarawak memperuntukkan RM95 juta untuk membina sekolah antarabangsa Islam pertama di negeri ini sebagai usaha memperkasa pembangunan intelektual belia Islam.
Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan petroleum sarawak bhd (Petros).

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun
Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berbaiah, memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.