Proton Holdings Berhad bakal membina kilang pemasangan dan pembuatannya (CKD) yang pertama di rantau Asia Selatan di Karachi, Wilayah Sindh, Pakistan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya dari Pakistan, Imran Khan menyempurnakan upacara simbolik pecah tanah bagi kilang tersebut pada Jumaat.
Pada majlis itu, turut diadakan adalah mesyuarat meja bulat ketua-ketua industri dari Malaysia dan Pakistan yang membincangkan pelbagai isu berkepentingan kedua-dua pihak.
BACA: Tun Mahathir terima anugerah tertinggi Kerajaan Pakistan
Dalam ucapan semasa mesyuarat itu, Dr Mahathir berharap dengan menghadiahkan Imran sebuah Proton X70, ia mampu mempromosi Proton dengan lebih agresif di Pakistan dan Asia Selatan.
“Ia bukanlah rasuah. Saya cuma berharap dengan sebuah kereta ini, seluruh Pakistan tahu bahawa Malaysia mampu menghasilkan kereta.
“Malaysia merupakan satu-satunya negara sedang membangun yang mempu menghasilkan kereta nasional.
“Jadi kami mahu berkongsi kepakaran bidang ini kepada Pakistan sekiranya terdapat pelabur yang sudi melabur dalam projek pembinaan kenderaan menerusi kerjasama Malaysia-Pakistan,” katanya.
BACA: Imran Khan sambut ketibaan Tun Mahathir di Islamabad
Alhaj Automotive, pengedar rasmi Proton di Pakistan akan membuat pelaburan awal sebanyak US$30 juta untuk membina kilang (CKD) pertama bagi kenderaan Proton di negara itu.
Kilang itu dijangka memulakan operasi menjelang Jun akhir tahun depan dan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tempoh tiga tahun pertama operasinya.
Dianggarkan 20,000 lagi peluang pekerjaan tidak langsung akan diwujudkan apabila kilang baharu itu beroperasi sepenuhnya.
BACA: 'Tenaga melimpah ruah', Tun Mahathir pandu Proton, pantau Kuala Lumpur
Pada majlis sama, kedua-dua perdana menteri juga menyaksikan pemeteraian perjanjian dan memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Pakistan.
Syarikat-syarikat yang terlibat ialah Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan Pakistan Mobile Communication Limited Deodar Pvt. Ltd; Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan Telenor Pakistan Limited; dan Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan CMPAK Limited (Zong).
Harits Asyraf Hasnan
Fri Mar 22 2019

Dr Mahathir menyerahkan replika kunci kenderaan Proton X70 kepada Imran Khan pada upacara simbolik pecah tanah bagi kilang pemasangan pembuatan Proton di negara itu, 22 Mac, 2019. --fotoBERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Bekas PM Pakistan Imran Khan didakwa dalam kes serangan ibu pejabat tentera
Khan dan sekitar 100 pekerja serta pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpinnya, mengaku tidak bersalah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.

Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.

Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.

Isteri bekas PM Pakistan bebas, dibawa ke kawasan mewah di Islamabad
Pembebasan Bushra Bibi disifatkan kelegaan undang-undang terbesar bagi Khan dan keluarganya sejak beliau dipenjara pada Ogos tahun lalu.

Imran Khan mohon jadi Canselor Universiti Oxford
Sebagai alumni Oxford, akan menjadi sesuatu yang gemilang untuk melihat Imran menjadi Canselor, kata partinya.

Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.

Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.