Pembentukan rangka kerja ekonomi Islam dengan mengambil kira beberapa pelan jangka panjang negara, akan bersifat holistik melalui penerapan nilai ekonomi Islam dalam pembangunan negara secara lebih menyeluruh dan mencakupi setiap aktiviti dan rantaian ekonomi.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata perkara itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2020 supaya satu rangka kerja ekonomi Islam dapat disediakan oleh Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI).
JKKI berfungsi bagi mempromosi dan menggalakkan pembangunan kewangan Islam.
Bagi menenyediaan rangka kerja ekonomi Islam itu, Amiruddin yang juga Pengerusi JKKI berkata, JKKI akan mengambil pendekatan yang pragmatik dan turut mendokong matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).
"Ini adalah bertujuan untuk memastikan matlamat utama WKB2030 iaitu menyediakan taraf hidupwajar kepada semua rakyat melalui penstrukturan semula ekonomi, menangani ketidaksamaan dan membina semula negara dapat dicapai,"katanya.
Katanya JKKI akan menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan rangka kerja tersebut dapat menyerlahkan kekuatan sedia ada negara dalam kewangan Islam.
Bernama
Wed Dec 18 2019
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata perkara itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2020. - fotoBERNAMA
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Rangka tindakan ekonomi Islam ambil kira beberapa pelan jangka panjang negara
Pembentukan rangka kerja ekonomi Islam dengan mengambil kira beberapa pelan jangka panjang negara, akan bersifat holistik melalui penerapan nilai ekonomi Islam.
Bayaran RM9 bilion baru faedah, belum sentuh hutang 'pokok' 1MDB - Amiruddin
Kementerian Kewangan sudah menyelesaikan sebahagian kadar faedah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pelajar sekolah perlu diajar kepentingan bayar cukai - Amiruddin
"Dengan adanya pendedahan awal mengenai cukai generasi muda akan lebih memahami kepentingan cukai dalam usaha membangunkan Negara."
Bayaran kontra kembalikan semula lebihan bayaran cukai pendapatan
Kaedah bayaran secara kontra antara langkah yang akan diambil kerajaan untuk mengembalikan semula baki kredit berjumlah RM16,046 bilion kepada pembayar cukai yang membuat lebihan bayaran sebelum ini.