Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan pembayaran hibah (dividen) lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
Beliau berkata pencapaian prestasi kewangan TH amat positif pada suku ketiga tahun ini malah berada pada landasan yang betul.
"Kalau tengok setakat bulan September baru-baru ini, Alhamdulillah... pencapaian TH (berada) di dalam trek yang betul, jadi kita tunggulah.
"Tahun ini masih berbaki dua minggu lagi. Insya Allah pembayaran hibah akan lebih baik daripada 2018," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan kenderaan dwifungsi kepada wakil masjid terpilih seluruh negara di sini hari ini.
Bagi tahun kewangan 2018, TH mengagihkan hibah sebanyak 1.25 peratus melibatkan RM913 juta kepada semua pendepositnya.
Sehingga 30 Nov lepas, TH mempunyai 8.71 juta pendeposit termasuk 87,000 akaun simpanan yang baharu.
Menurut rekod, prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018 manakala keuntungan bersih berjumlah RM500 juta pada suku ketiga 2019, meningkatkan keuntungan untuk tempoh sembilan bulan pertama kepada RM1.3 bilion.
Mengenai sumbangan kenderaan dwifungsi, Nik Mohd Hasyudeen berkata TH merancang akan memperluaskan sumbangan seumpama itu ke Sabah dan Sarawak bermula tahun depan.
Sebanyak 25 kenderaan dwifungsi bernilai kira-kira RM3 juta disumbangkan menerusi program Mobiliti TH untuk dimanfaatkan ahli kariah bagi tujuan urusan pengebumian dan pengangkutan.
Sementara itu, Pembantu Pengurus Masjid Jamek Rahimah, Kuala Kubu Bharu, Radzulai Yahaya menyifatkan sumbangan itu sebagai rezeki tidak ternilai yang akan dijaga dan digunakan sebaik mungkin.
"Pada mulanya kami ingatkan van jenazah, rupa-rupanya van serbaguna. Kami memang amat memerlukan kenderaan seumpama ini kerana van jenazah sedia ada hanya dipinjam," katanya.
Pengerusi dan Imam Masjid Al-Raudhah Machang, Zulkafli Jusoh ketika menzahirkan ucapan penghargaan turut berasa terharu dengan sumbangan daripada lembaga tabungan bagi jemaah haji itu memandangkan pihaknya telah beberapa kali membuat permohonan kepada pelbagai pihak sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
![TH jangka bayar hibah lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019 TH jangka bayar hibah lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564029149_TabungHaji.jpg)
Bagi tahun kewangan 2018, TH mengagihkan hibah sebanyak 1.25 peratus melibatkan RM913 juta kepada semua pendepositnya. - Gambar fail
![Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739252440_pemilikmanchesteru.jpg)
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
![Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739255332_memukulanak.jpg)
Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan
Perintah reman bermula hari ini terhadap wanita berumur 37 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.
![Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738460992_HerryImanPierngadi.jpg)
Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.
![Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253287_Thaipusam.jpg)
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
![Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57 Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253674_KualaLumpur.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
![Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250918_tbGazaCity.jpg)
Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza
Seorang pegawai Palestin memberi amaran pada Isnin bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pertukaran tahanan berisiko terjejas, lapor Anadolu Ajansi.
![Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739251963_TBBADMINTON.jpg)
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
Hong Kong bantah tarif Amerika Syarikat, akan bawa ke WTO
Hong Kong akan mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai tarif terbaru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, menurut Ketua Setiausaha Eric Chan pada Selasa.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
![Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250651_ElakMaksiatPDKh.jpg)
Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
Peranan Ibu Bapa & Guru Penting
Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kata Prof. Madya Dr. Noraini Ahmad dari Universiti Malaya.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
![TH jangka bayar hibah lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019 TH jangka bayar hibah lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564029149_TabungHaji.jpg)
TH jangka bayar hibah lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019
Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan pembayaran hibah (dividen) lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
![Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41543588629_TabungHaji.jpg)
Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini
Prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018.
![Perdana Menteri utus surat kepada Arab Saudi mohon kuota tambahan haji Perdana Menteri utus surat kepada Arab Saudi mohon kuota tambahan haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558957508_ZukriSamat.jpg)
Perdana Menteri utus surat kepada Arab Saudi mohon kuota tambahan haji
Beliau berkata bagaimanapun buat masa ini Lembaga TH masih belum menerima sebarang jawapan rasmi berkenaan keputusan daripada kerajaan Arab Saudi.
![Deposit dalam TH akan diuruskan dengan lebih baik - Dr Mahathir Deposit dalam TH akan diuruskan dengan lebih baik - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555682407_TUNM.jpg)
Deposit dalam TH akan diuruskan dengan lebih baik - Dr Mahathir
Beliau berkata TH diuruskan dengan buruk bertahun-tahun lamanya sebelum ini, yang mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan.
![Kemelut Tabung Haji: Hasil idea yang bermasalah Kemelut Tabung Haji: Hasil idea yang bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554888509_TabungHaji.jpg)
Kemelut Tabung Haji: Hasil idea yang bermasalah
Hakikatnya, sebelum TH ditubuhkan, orang Islam di Malaysia tidak menghadapi apa-apa masalah untuk mengerjakan haji
![Mujahid ada kaedah pendekkan tempoh menunggu haji Mujahid ada kaedah pendekkan tempoh menunggu haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553136873_DATUKDRMUJAHIDYUSOF.jpg)
Mujahid ada kaedah pendekkan tempoh menunggu haji
Sebahagian daripada proses pemulihan TH demi kepentingan dan kebajikan 9.3 juta pendeposit agensi itu.
![Tidak akan ada pengeluaran panik oleh pendeposit Tabung Haji - Mukhriz Tidak akan ada pengeluaran panik oleh pendeposit Tabung Haji - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51543574685_Mukhriz.jpg)
Tidak akan ada pengeluaran panik oleh pendeposit Tabung Haji - Mukhriz
Walaupun banyak maklum balas negatif yang diterima, pengeluaran secara panik itu tidak akan berlaku.
![Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus - Mujahid Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554451153_TabungHaji.jpg)
Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus - Mujahid
Kadar agihan hibah Tabung Haji bagi Tahun Kewangan 2018 ialah 1.25 peratus.
![TH tak wajib beri hibah, berbeza dengan dividen - Perunding kewangan TH tak wajib beri hibah, berbeza dengan dividen - Perunding kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71554437198_ShamsuddinKadir.jpg)
TH tak wajib beri hibah, berbeza dengan dividen - Perunding kewangan
Hibah ialah satu pemberian bersifat sukarela yang boleh jadi tidak diberikan pada tahun tertentu berikutan ia menggunakan kaedah nilai aset mesti melebihi dari liabiliti.
![Kabinet bincang kewangan TH esok, hibah diumum dalam masa terdekat - PM Kabinet bincang kewangan TH esok, hibah diumum dalam masa terdekat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41545151471_TabungHaji.jpg)
Kabinet bincang kewangan TH esok, hibah diumum dalam masa terdekat - PM
Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu membabitkan kedudukan kewangan TH dan perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuannya membayar hibah kepada pendeposit.