Skip to main content

Dunia

AS atur gerak kumpulan serangan ke Asia Barat, tingkat tekanan ke atas Iran

Kapal induk USS George Washington (CVN 73) menjalankan operasi penerbangan ketika belayar di perairan serantau Asia Barat, di tengah-tengah peningkatan kehadiran ketenteraan Amerika Syarikat di rantau berkenaan. - Foto X/CENTCOM
Kapal induk USS George Washington (CVN 73) menjalankan operasi penerbangan ketika belayar di perairan serantau Asia Barat, di tengah-tengah peningkatan kehadiran ketenteraan Amerika Syarikat di rantau berkenaan. - Foto X/CENTCOM

Advertisement

Ringkasan AI

  • Amerika Syarikat meningkatkan kehadiran ketenteraan di Asia Barat dengan menempatkan tiga kapal induk dan dua kumpulan kapal pendaratan amfibia berhampiran Iran.
  • Langkah ini diumumkan serentak dengan sekatan baharu AS terhadap Iran, bertujuan mengekang aktiviti yang didakwa mengancam kestabilan serantau.
  • Penempatan aset tentera laut ini dilihat sebagai antara pengaturan terbesar AS di rantau itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meningkatkan kehadiran ketenteraannya di Asia Barat dengan mengatur gerak beberapa aset utama tentera laut di sekitar Iran menjelang akhir November, ketika Washington turut mengumumkan sekatan baharu terhadap Tehran.

Menurut seorang pegawai AS yang dipetik Al Jazeera, tiga kapal induk dan dua kumpulan kapal pendaratan amfibia dijangka ditempatkan di kawasan berhampiran Iran dalam langkah yang dilihat sebagai usaha memperkukuh keupayaan ketenteraan negara itu di rantau berkenaan.

Penempatan berkenaan berlaku ketika hubungan antara Washington dan Tehran terus tegang susulan pertikaian mengenai program nuklear Iran, keselamatan maritim di Teluk dan beberapa isu serantau lain.

Langkah meningkatkan kehadiran ketenteraan itu diumumkan serentak dengan pengenaan sekatan baharu AS terhadap Iran yang menurut Washington bertujuan mengekang aktiviti yang didakwa mengancam kestabilan serantau.

Setakat ini, pihak berkuasa AS belum mendedahkan butiran lanjut mengenai aset tentera laut yang akan terlibat atau lokasi penempatan khusus bagi kapal-kapal berkenaan.

Tehran sebelum ini berulang kali mengecam kehadiran ketenteraan AS di rantau itu dan menyifatkannya sebagai faktor yang meningkatkan ketegangan serta mengancam keselamatan serantau.

Penganalisis melihat penempatan tiga kapal induk serentak sebagai antara pengaturan ketenteraan terbesar AS di Asia Barat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus memberi isyarat jelas mengenai kesediaan Washington menghadapi sebarang kemungkinan perkembangan keselamatan di rantau berkenaan.

Perkembangan terbaharu itu dijangka terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa berikutan kebimbangan bahawa peningkatan kehadiran ketenteraan dan tekanan ekonomi menerusi sekatan boleh memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

 

 

Must Watch Video

Advertisement