Skip to main content

Dunia

Baitumaqdis: Hezbollah anjur bantahan terbesar di Beirut

41513026289_Lebanons.jpg
41513026289_Lebanons.jpg

Advertisement

Puluhan ribu rakyat Lubnan keluar pada Isnin menyertai tunjuk perasaan bagi mengutuk pengyistiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Perhimpunan yang berlangsung di selatan Beirut itu dianjurkah pergerakan Hizbollah dan merupakan antara bantahan terbesar masyarakat dunia setakat ini susulan pengumuman Trump itu.

Ia diketuai oleh pemimpin Hizbullah sendiri iaitu Hassan Nasrallah.

Para penunjuk perasaan berarak melalui pinggiran selatan bandar Beirut, kubu kuat Hezbollah sambil mengibar bendera dan melaungkan sokongan kepada rakyat Palestin.

Perhimpunan itu dianjurkan sehari selepas protes keras di luar kedutaan Amerika Syarikat di Beirut, di mana pasukan keselamatan terpaksa menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah  penunjuk perasaan yang melempar batu ke arah pihak keselamatan.

Must Watch Video

Advertisement