ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 19 Mac 2021.
1. Tiada kem tahanan Uighur, hanya pusat pendidikan, vokasional - Kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang
Tiada kem tahanan melibatkan etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam di Xinjiang, sebaliknya, ia merupakan pusat pendidikan dan vokasional untuk kumpulan itu yang dibina berlandaskan undang-undang, selaras pengiktirafan antarabangsa, kata Pengerusi Kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang, Shohrat Zakir.
2. Shanghai kekal di tangga ketiga GFCI
Shanghai mengekalkan kedudukan di tangga ketiga dalam laporan Indeks Pusat Kewangan Global (GFCI) edisi ke-29. Pusat kewangan itu mengekalkan kedudukannya buat kali kedua berturut-turut di belakang New York dan London
3. Pelakon Hollywood Armie Hammer dituduh merogol
Menurut Polis Los Angeles, Armie Hammer adalah suspek utama dalam kes yang dilaporkan kepada polis pada 3 Februari lalu. Dalam satu sidang media secara maya pada Khamis, seorang wanita berusia 24 tahun mendakwa dirogol Armie secara berulang selama empat jam, dalam satu kejadian pada 24 April 2017.
4. Korea Utara sah putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
Korea Utara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram. Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan berkata Malaysia telah melakukan ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’, dan ‘menghantar rakyatnya yang tak bersalah ke AS dengan cara paksaan.
5. Vaksin COVID-19 | AstraZeneca selamat dan berkesan - EMA
Vaksin Oxford-AstraZeneca adalah selamat dan berkesan. Itu penelitian dan kesimpulan Agensi Perubatan Eropah, EMA yang membuat siasatan selepas 13 negara anggota Kesatuan Eropah EU menggantung pemberiannya kerana bimbang risiko pembekuan darah.
6. Doktor di Venezuela rawat pesakit COVID-19 di rumah
Sekumpulan doktor di Venezuela menawarkan rawatan di rumah bagi pesakit COVID-19. Usaha itu juga adalah kerana peningkatan permintaan untuk rawatan di rumah dan bukti kemerosotan pusat kesihatan awam dan swasta di negara itu.
I
7. COVID-19 - Kes kematian global kini lebih 2.68 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.68 juta kes. Ia selepas jumlah kematian harian meningkat kepada lebih tujuh ribu kes secara global.
8. Vaksin COVID-19: AS capai suntikan 100 juta dos dalam 100 hari
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan pentadbirannya bakal memenuhi matlamat memberikan 100 juta dos vaksin dalam tempoh 100 hari pada Jumaat. Perkembangan itu menurut Biden, adalah beberapa minggu awal berbanding jadual, walaupun berlaku gangguan cuaca dan ribut musim sejuk sejak awal tahun ini.
9. Vaksin COVID-19: Jerman sambung penggunaan AstraZeneca
Beberapa negara termasuk Itali, Perancis, Sepanyol dan Jerman mengumumkan akan meneruskan semula penggunaan AstraZeneca. Sementara Sweden berkata, ia memerlukan beberapa hari untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
10. Kanak-kanak baling keluar tilam selamatkan diri dan adik-adik dalam kebakaran rumah
Usaha seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun bagi menyelamatkan diri dan dua adiknya dari rumah terbakar harus dipuji. Dalam kejadian pada Rabu malam di Chicago, kanak-kanak tersebut membaling keluar sebuah tilam sebelum melompat bagi menyelamatkan diri dan adik-adiknya selepas rumah mereka terbakar, kata jurucakap Polis Chicago kepada portal berita PEOPLE.
Astro Awani
Fri Mar 19 2021

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.

Kerugian akibat kebakaran di California meningkat kepada AS$275 bilion
Kebakaran hutan yang tercetus sejak 7 Januari telah memaksa puluhan ribu orang berpindah, meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa, dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan.

Kebakaran Los Angeles: Peguam kemuka tuduhan terhadap sembilan suspek
Peguam Daerah Los Angeles County, Nathan Hochman mengemukakan tuduhan terhadap sembilan suspek atas kesalahan pecah rumah serta seorang lagi atas tuduhan melakukan aktiviti pembakaran.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kebakaran Los Angeles: Jennifer Garner jadi sukarelawan, sedih hilang rakan, lihat kemusnahan
AKTRES Jennifer Garner melahirkan rasa dukacita dan bersedih melihat bencana kebakaran hutan di Los Angeles yang turut mengorban sahabatnya dan memusnahkan ribuan kediaman penduduk.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

179,000 dipindahkan susulan kebakaran besar di Los Angeles
Ramalan cuaca melanjutkan amaran merah sehingga 6 petang waktu tempatan pada Jumaat di daerah Los Angeles dan Ventura.

Kebakaran hutan Selatan California: Anwar zahir ucapan takziah
Anwar menyifatkan kebakaran hutan itu sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.

Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.

Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles
Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.