BUKIT GOLAN merupakan kawasan seluas 1,800 kilometer persegi yang menempatkan sempadan Israel dan Syria.
Kini wilayah tersebut ditakluki sebahagian besar oleh Israel.
Ia adalah wilayah berdaulat Syria sehingga Jun 1967, apabila Israel melancarkan Perang Enam Hari demi merampas kawasan tersebut.
Ia merupakan konflik ketenteraan melibatkan Mesir, Jordan dan Syria.
Meskipun tidak menguasai keseluruhan kawasan Bukit Golan, namun Israel mengawal titik strategik.
Mengapa Israel mahukan Bukit Golan?
Rampasan haram Bukit Golan oleh Israel adalah untuk meluaskan sempadan Israel dan mewujudkan zon penampan terhadap Syria.
Meskipun Israel memulakan Perang Enam Hari, namun sehingga kini rejim zionis menganggap ia bukan satu bentuk tindakan keganasan.
Kedudukan Bukit Golan yang tinggi menyediakan kawasan pemantauan yang luas ke dalam Syria.
Apakah konflik yang berlegar sekitar Bukit Golan?
Sejak merampas Bukti Golan pada 1967, berlaku kejadian berbalas tembakan di sempadan.
Detik konflik paling besar adalah sewaktu Perang Arab-Israel 1973 yang juga dikenali sebagai Perang Ramadan oleh Arab, atau Yom Kippur oleh Israel.
Ibarat buku bertemu ruas, Israel berdepan dengan Mesir di semenanjung Sinai dan Syria di Bukit Golan.
Ketika itu, Israel hampir kalah namun dibantu kelengkapan tentera Amerika.
Sejak itu Israel terus menakluki Bukit Golan sehinggalah ia secara rasmi menceroboh wilayah itu pada 1981 yang membawa kepada pertikaian sempadan sehingga ke hari ini.
Adakah pencerobohan Israel sah?
Tidak. Ia jelas dinyatakan undang-undang antarabangsa.
Tiga resolusi turut mengharamkan tindakan Israel itu.
Pertama resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) 242 pada 1967, UNSCR 338 pada 1973 dan UNSCR 497 pada tahun 1981.
Di bawah UNSCR 242, dengan jelas menyebut arahan pengunduran tentera Israel dari wilayah yang ditawan ketika Perang Enam Hari iaitu semenanjung Sinai, Tebing Barat dan Bukit Golan.
Manakala UNSCR 338 pula dilulus ketika Perang Ramadan atau Yom Kippur yang menggesa pihak terlibat mematuhi UNSCR 242.
Namun UNSCR 497 secara terperinci menjelaskan tindakan haram pencerobohan Israel yang menyebut keputusan Israel melaksanakan undang undang, bidang kuasa dan pentadbiran di Bukit Golan adalah terbatal dan tidak sah.
Resolusi 242 dan 338 juga menyatakan inisiatif rundingan damai yang diluluskan melibatkan rancangan Fez Plan 1982 dan Inisiatif Damai Arab 2002. Kedua-duanya ditolak Israel.
Dan terbaharu, Israel, sama dengan sikapnya dalam banyak isu, terus melanggar konsensus dan undang-undang antarabangsa, dengan membawa Amerika Syarikat mengiktiraf Bukit Golan adalah milik Israel.
Najib Aroff
Tue Mar 26 2019
Meskipun tidak menguasai keseluruhan kawasan Bukit Golan, namun Israel mengawal titik strategik. - Foto Reuters
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Bila dan mengapa Israel merampas Bukit Golan?
Israel, sama dengan sikapnya dalam banyak isu, terus melanggar konsensus dan undang-undang antarabangsa, membawa Amerika Syarikat mengiktiraf Bukit Golan adalah milik Israel.