Skip to main content

Dunia

COVID-19: WHO gesa setiap kes jangkitan 'dikesan dan dijejaki'

41581389658_TedrosAdhanomGhebr.jpg
41581389658_TedrosAdhanomGhebr.jpg

Advertisement

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa semua negara agar mengesan dan menjejaki setiap kes jangkitan COVID-19 bagi membendung penularan wabak itu.

Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata usaha membasmi penularan virus itu tidak akan berjaya jika tidak dipastikan di mana ia berada.   

“Kita tidak akan dapat membasmi virus jika tidak tahu di mana ia berada. Cari, asingkan, uji dan rawat setiap kes untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

"Setiap kes yang kita jumpa dan rawat akan mengehadkan penyebaran penyakit itu,” kata Tedros dalam sesi taklimat COVID-19, di sini, pada Jumaat.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pengumuman pada Khamis oleh kerajaan United Kingdom untuk hanya menguji pesakit yang kritikal.

Mengikut pelan yang dirangka oleh kerajaan pimpinan Boris Johnson dan penasihat kesihatannya, ujian hanya dijalankan ke atas pesakit di hospital yang mengalami masalah pernafasan akut.

Must Watch Video

Advertisement