Skip to main content

Dunia

Gelombang haba Jepun ragut nyawa tiga singa di Taman Zoologi Tama

A lion lies on a stone and looks forward.
Kerajaan Metropolitan Tokyo dan Persatuan Taman Zoologi Tokyo memaklumkan singa berusia di antara tiga dan 15 tahun itu mati antara 28 Julai hingga 2 Ogos. -Gambar hiasan/Adobe Stock Photo
Advertisement

TOKYO: Tiga ekor singa betina di Taman Zoologi Tama di Hino, di sini, disahkan mati akibat strok haba susulan gelombang cuaca panas melampau yang melanda Jepun sejak pertengahan Julai.

Kerajaan Metropolitan Tokyo dan Persatuan Taman Zoologi Tokyo memaklumkan singa berusia di antara tiga dan 15 tahun itu mati antara 28 Julai hingga 2 Ogos.

Hasil bedah siasat mendapati kesemua haiwan berkenaan mengalami dehidrasi dan kegagalan pelbagai organ, yang dipercayai berpunca daripada strok haba.

Menurut pengurusan zoo, 10 ekor singa lain turut menunjukkan gejala seperti hilang selera makan dan kurang aktif selepas berdepan cuaca panas yang berpanjangan.

Pameran singa kepada orang ramai turut digantung sejak 23 Julai lalu susulan keadaan tersebut.

Pihak berkuasa tempatan berkata kejadian itu merupakan kes pertama membabitkan kematian singa akibat cuaca panas sejak Taman Zoologi Tama mula membiak dan mempamerkan haiwan berkenaan pada 1964.

Ketika ini, seekor singa betina dan dua singa jantan masih kurang sihat serta sedang menerima rawatan daripada pasukan veterinar.

 

 

Must Watch Video

Advertisement